Giveaway

10 pemenang Wanista Contest #1 – Tiket premier The Avengers! Congrats!

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
10 pemenang Wanista Contest #1 – Tiket premier The Avengers! Congrats!

Hi all, nak umumkan awal senarai pemenang tiket wayang premiere 1Y0-A08
The Avengers.

Saya pilih 5 pemenang dengan pantun terbest dan tergigih :p dan juga 5 lagi pemenang undian secara rawak.

Nak tahu adil ke tak adil saya pilih pemenang, tengok ni!

( Ha, lepas ni dah boleh undi saya jadi ahli politik terbersih! xO )

So here the screening details :

Masa : 27 April 2012 , Jumaat,  9 malam

Tempat : GSC MidValley, Mid Valley.

Hall : 4,13,14 ( Salah satu )

Berikut adalah senarai 1Y0-A15  pemenang tiket wayang The Avengers! Tahniah( susunan pemenang rawak :8) )

1. @evelynfoo69

Alangkkah baiknya kalau tiket The Avengers saya dapat jerat
Kerana aksi-aksinya menentang musuh tentu terhebat
Dari Si Hulk yang menhentak sambil melompat
Si Thor yang melontar Mjolnir yang bersakti menghentam penjahat

Si Captain America yang melindungi sifat mulia bertekad
Si Iron Man yang walaupun suka berjenaka sanggup bertarung hebat
Serta Black Widow dan Hawkeye yang seada-adanya hubungan rapat
Memang harap-harap dari Wanista tiket saya dapat!!

Alangkkah baiknya kalau tiket The Avengers saya dapat jerat
Kerana aksi-aksinya menentang musuh tentu terhebat
Dari Si Hulk yang menhentak sambil melompat
Si Thor yang melontar Mjolnir yang bersakti menghentam penjahat

Si Captain America yang melindungi sifat mulia bertekad
Si Iron Man yang walaupun suka berjenaka sanggup bertarung hebat
Serta Black Widow dan Hawkeye yang seada-adanya hubungan rapat
Memang harap-harap dari Wanista tiket saya dapat!!

2. @lowwanjak

Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Harap – harap tiket The Avengers ni hamba pon dapat,
Oh tidak! hamba merayu.

Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti,
Kalau dapat tiket The Avengers xpayah dibayar,
kompem la hamba suka hati.

3. @achik2109

Filem Avengers filem yang hebat
Lagi hebat kalau dapat tiket free
Wahai edasu kita kan sahabat
Moh la kita pegi tgk sekali……

Berlari2 pergi midvalley
takut tak sempat menonton movie
cerita avengers pilihan dihati
kalau tak pegi pasti rugi……..

Gembiranya rasa didalam hati
Avengers datang menemui kami
Aidasue yang baik lagi berseri
tlglah bagi tiket tu kat kami….

Hero avengers mmg terbaik
semua hebat dan kacak sekali
kalau pantun ini bernasib baik
dapat tiket menonton citer ni…..

Pergi midvalley singgah ke GSC
mencari2 kaunter misteri
jumpa kaunter redeem tiket free
dapat menonton dgn sng hati

Terima kasih saya ucapkan
kepada aidasue yang sgt budiman
Da reka pantun dah anta penyertaan
sekarang ni cuma nak tunggu keputusan…..

4. @nabilahalias

Encik Starks idaman kalbu,
Black Widow pula idola diri,
Kerana The Avengers perasaan jadi haru biru,
Terlepas dengan Edasu, hoi boleh lah gigit jari !

5. @saenadia

Milah pakai Preve Proton,
Buatan Malaysia kenalah support,
The Avengers filem wajib tonton,
Sebab ada Tony Stark yang hot.

Oh please Edasu saya merayu,
The Avengers memang diminati,
Edasu saja tempat saya mengadu,
Harap menang dua tiket nanti.

Niat dihati nak belanja kawan sorang ni,
Sempena hari lahirnya yang ke-22,
Tolonglah bagi dua tiket kat kami,
Kalau dapat confirm TERUJA.

6. @firedauz

Jangan dikacau Hulk yang tengah berdengkur,
Marahnya buas patut dielak,
Cubalah kacau Cik Edasu yang tidur,
Cubitnya sedap, nak lagi lah pulak ;D

Berbau besi ketiak IronMan,
Manakan sama ketiak Hulk pula,
Dari pagi, baru sekarang wa nak makan,
Cakap pasal ketiak, terus hilang wa punya selera.. :(

Bergendang buah perisai Kapten serius,
Manakan sama buah Black Widows pula,
Pabila dah abis cite Avengers,
Apakata kita beransur ke karaoke semula.. ;D

Walau sekuat mana Thor sekalipun,
Kalau buat salah, mesti dia tobat,
Walau sehebat mana filem Avengers sekalipun,
Kalau masuk waktu, jangan lupa solat ;)

7. @daudifah

Pergi Amerika berjumpa captain,
Lelaki hijau pemarah amat,
Menonton Avengers ku amat certain,
nak dapat tiket yang payah amat :P

baik budi empunya blog ini
memberi percuma tiket yang amat dinanti
dengan itu kutujukan lagu ini
buat hiburan di waktu bosan nanti..

‘alangkah indah jika diri ku sentiasa
disisimu Edasu ku, berikanku, hanya satu..
hanya satu.. pair tiket itu.. ‘ :P

8. @ashazlan

Hawkeye pakai baju berwarna ungu,
Thor menukul jarum peniti;
Hai Kapitan Amerikano Edasu menunggu,
kalau tak melepas kat Tony Stark nanti!

tengok timeline ada edasu,
promote website ada giveaway avengers;
si comey lotey edasuuu,
jom date tengok avengers?

9. @sueaqilah

Edasu oh Edasu,
Wanita yg sangat terserlah la kehensemannya,
Bagilah saya tiket free tu satu,
Agar saya tak gila meroyan dibuatnya.

Stalker seseorang itulah Strangers,
Sambil menikmati maggie kari letup,
Saya amat teruja ingin menonton The Avengers,
Bersama edasu yg hot lagi meletup.

10. @bardfaizal

Aidasue mmg Hensem,
Wanista menyerlahkan kehebatannya,
Citer Avengers mmg ohsem,
Kalau x tengok confirm menyesal punya…….

Kapal berlabuh tepi pengkalan,
sarat muatan batang keladi,
niat dihati nak menonton avenger bersama kenalan,
tapi kena tanya edasue dulu sudi ke x sudi.. ;D

Aidasue mmg Hensem,
Wanista menyerlahkan kehebatannya,
Citer Avengers mmg ohsem,
saya rasa tiket free tu sayalah pemenangnya

Jumpa di depan GSC Mid Valley bermula pukul 830pm Jumaat ini ok untuk ambil tiket. Tahniah!! Pada yang kurang bernasib baik, kita try next contest pula ok? ^_^ xoxo!

PS : Kalau ada tiket extra nanti, saya bagi pada peserta yang tak berjaya nanti ok? Sedih sebab tak dapat bagi pada semua =( sobs. But anyway, congrats again to winners!

Komen Anda