Fesyen

10 Tips fesyen mudah untuk yang berbadan besar

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
10 Tips fesyen mudah untuk yang berbadan besar

 

Tips fesyen mudah untuk berbadan besar

Selalu mereka yang berbadan besar ni memang mengeluh sama ada masa nak cari pakaian yang sesuai kan? Saya juga pernah gempal. ( Helo, macam sekarang kau kurus Aida -_- ) Kadang –kadang bila kita nak pilih baju yang best takut juga kelihatan seksa dimata orang. So therefore saya nak share tips mudah untuk mereka yang berbadan besar. =)

Tak kira apapun saiz badan kamu,setiap orang mampu kelihatan cantik dan menawan kalau dia tahu macam mana nak gayakan diri masing-masing. Ingat tew!

 

  1. Pilih design vertical bukan horizontal.
  2. Wear something bright. So that nanti distract orang tengok badan kita, depa akan lebih tertumpu pada warna baju =)

3. Kalau kamu saiz L atau 12, jangan mengada pilih baju size S or 4. Baju yang super sendat akan buatkan awak Nampak lebih ‘seksa’ dan tak selesa =(

4. Kalau pilih aksesori, pastikan ia bold dan bersaiz besar dan warna bright. <3  Bracelet nipis ke orang rantai nipis agak kurang sesuai.

5. Jangan pilih baju yang oversize lebih. Karang Nampak lagi besar badan kita <3 Pastikan baju tu just nice je. Kira macam compliment each other with our body. Tengok gambar kat bawah ni, chantek ke uols? haruslah tak kannn -___-” dan pilih baju Vline. Tahu tak apa v line?

Ini lah baju V line. dekat leher tu nampak bentuk V tak? So nampak leher kita lagi makin panjang. Seksi uols!

6. Seluar potongan lurus amat sesuai dengan kita yang berbadan besar ni.Tak kisah warna bright ke apa ke janji, jangan jadi mangsa fesyen dek terlalu nak overdo :))

Kalau pilih bag, pastikan yang besar. So that focal point tu berubah.

7. Saiz pakaian dalam yang sesuai. Taknak nampak aset2 tu saggy lendut ke bawah. Kita sendiri tengok pun tak selera, apatah lagi orang lain. Penting untuk self confident!

8.Biasakan diri dengan memakai kasut bertumit tinggi. So kaki akan nampak panjang gittew!

9. Nak sorok lengan besar, cari baju yang ada flowing cuffs macam ni. ^_^

10. Seeloknya pakai layer or 2 piece. Tak, pakaian  layer macam ni takkan membuatkan awak nampak gemuk. If kena pada saiznya. Do pick oversize cloth pulak untuk layerkan baju. Layer akan dapat membuatkan pinggang awak nampak kurus. =)

Elakkan :

  1. Material lycra. Lycra kan jenis melekat pada badan? So nanti Nampak pula lipatan lelemak yang kita sendiri tak mahu nak tengok :-/

  1. Elakkan baju horizontal yang akan membuatkan badan kita Nampak lebih lebar dari biasa.
  2. Elakkan seluar skinny yang terlalu-lalu ketat. ( Tapi kalau berani, why not? ) seluar skinny memang cun kalau kena saiz kaki and peha. Tapi kalau dah macam kat bawah ni, hazab ok. T_T

  1. Elakkan beli baju online.Yes, memang teruja kalau dah minat beli baju online. Mudah dan sampai depan rumah. Tapi negative side dia, kita tak dapat try kan? So, untuk mengelakkan risiko baju kurang sesuai dengan bentuk badan, sentiasa TRY BAJU sebelum beli.

 

Gambar akak kat atas ni : Bright color pant, high heel, oversized bag, oversized accesories and baju yang tak terlalu ketat. Nampak cantik kan? at least kat mata saya lah :B  Ini akak Jay Miranda. Dia ni fashion blogger untuk plus size women out there. So visit her blog www.jaymiranda.com . Memang best2 fashion and bebaju dia <3

 Yang paling penting, aksesori yang kamu mesti PAKAI adalah… SENYUMAN. Chantek juga rupa paras kalau senyum je. Hihi. <3

 

ENJOIS!

Sumber & info tambahan : Here , Here and Here

 

Komen Anda