Info Menarik, Pilihan, Review, Review - Filem

[Filem 2013] Sinopsis/Trailer Filem KOLUMPO arahan Bront Palarae, lakonan Sharifah Amani, Azad Jasmin

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[Filem 2013] Sinopsis/Trailer Filem KOLUMPO arahan Bront Palarae, lakonan Sharifah Amani, Azad Jasmin

Filem genre drama komedi iaitu  KOLUMPO khabarnya akan menemui anda pada tahun depan dan ianya dibarisi oleh bintang yang sudah pun mengukir nama di persada seni tanah air iaitu Sharifah Amani, Azad Jasmin, Ruminah Sidek, Shoffi Jikan, Nell Ng, Mano Maniam, Emily Poon, Sabri Yunos, Amerul Affendi, Azhan Rani, Along Eyzendy dan Amirul Ariff.

Filem yang diarahkan dan ditulis oleh Bront  Palarae, Sheikh Munasar dan Rozi Izma Abdul Karim diterbitkan oleh Otto Films Sdn Bhd.

SINOPSIS 

Filem ini adalah cerita yang berkisarkan tentang harapan dan impian warga kota Kuala Lumpur.

Seorang imigran India yang baru sahaja tiba di Kuala Lumpur yang datang untuk berkerja mendapati syarikat yang telah mengupahnya sudah jatuh muflis. Dia kemudian diselamatkan oleh seorang tauke yang juga seorang mamak dan memulakan hidup barunya sebagai seorang pendatang haram di Kuala Lumpur. Di Setapak pula, seorang gadis muda yang asyik cuba mengelak panggilan telefon ibunya didapati sedang menolong seorang perempuan tua nyanyuk yang ingin mencari rumahnya sepanjang hari. Di Ampang pula, seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis misteri di KLCC yang ketinggalan tren terakhirnya. Untuk seorang pemuda yang tidak pernah bercinta, pertemuan ini bakal mengubah hidup si jejaka muda ini.

Pergabungan ketiga cerita ini akan menghasilkan sebuah kolaidaskop hidup di bawah langit kota Kuala Lumpur yang bakal mencuit hati dan menggegar jiwa para penonton.

Kalau kita lihat semasa acara Urbanscapes 2012 lalu, ada beberapa orang yang memakai kotak hitam di kepala yang bertulis KOLUMPO dan kami yakin ianya salah satu medium yang sangat kreatif untuk mempromosikan filem terbaharu karya Bront Palarae di kalangan anak muda kita.

Teaser trailer filem KOLUMPO 2013

OST Filem Kolumpo : Yuna ft Qi Razali – KL KITA

Lirik lagu KL KITA – Yuna ft Qi Razali

Waktu mencemburui aku
Kota raya menjamah ku
Dimana perginya mimpi ku
Mungkin dijemari mu

Kau menghidupkan semangat ku
Kau memberikan harapan
Dan kau rampas semula

Ku mencari jawapan
Di setiap persimpangan
Impian yang ku simpan
Hanya pada mu

Layari laman Facebook rasmi filem KOLUMPO : https://www.facebook.com/Kolumpo2013?ref=hl

Komen Anda