Berita & Isu Semasa, Gossip, Info Menarik

Azwan Ali Bakal Mendapat Adik Ipar Doktor: Ummi Hafilda Nak Kahwin!

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Azwan Ali Bakal Mendapat Adik Ipar Doktor: Ummi Hafilda Nak Kahwin!

Pakar terapi kecantikan, Dr. Zaman Khan menjadi pilihan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali untuk dijadikan suami.

Ummi Hafilda, 45, berkata, majlis perkahwinan beliau dan Zaman, 33, berasal dari Pakistan akan diadakan dalam masa terdekat ini dan bakal dihadiri pembesar-pembesar negara.
“Terdapat dua perkara yang membuatkan saya tertarik kepada Zaman iaitu beliau seorang yang amat amanah dalam menjaga keluarganya dengan penuh kasih sayang. Menjadi anak sulung kepada tujuh adik-beradik, beliau tidak pernah melupakan tanggungjawab terhadap ibu dan adik-adiknya.
“Kedua, beliau sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Beliau amat menjaga solatnya. Sunah Rasulullah SAW juga meminta umat baginda mencari suami yang mempunyai rupa, pegangan agama kukuh, berilmu dan berharta,” kata Ummi Hafilda.
Kami di Wanista.com ingin mengucapkan, tahniah kepada Azwan dan Ummi sekeluarga, dan mendoakan semoga cepat mereka berdamai. Ye lah, air dicindang takkan putus kan?

IKLAN