Gossip, Gossip Tempatan, Info Menarik, Pilihan

[Gosip Hiburan] Giliran penyanyi Alyah pula perang Twitter dengan pereka fesyen Hatta Dolmat

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[Gosip Hiburan] Giliran penyanyi Alyah pula perang Twitter dengan pereka fesyen Hatta Dolmat

 

Belum pun reda lagi kes pereka fesyen Nurita Harith yang ingin memulakan persengketaan dengan pelakon dan pengacara cantik Neelofa atas sebab pakaian rekaannya, timbul pula satu lagi kes perang twitter antara pereka fesyen dan penyanyi. Twitter ni dah boleh jadi medan perang dah.

Kes kali ini melibatkan penyanyi Alyah dan juga pereka fesyen Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini mengenai hal baju. Mengikut pemahaman kami, Alyah telah menempah baju di butik Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini dan 2 lagi pereka fesyen lain untuk satu acara persembahan, dan Alyah tidak datang untuk mengukur baju betul-betul. ( Jadi main ukur jelah ni? ) Dan apabila baju sudah pun siap, maka timbul pula kes tak muat lah, zip bermasalah lah dan menyebabkan Alyah tidak mahu pakai busana yang telah disiapkan oleh Hatta Dolmat.

Selain itu juga, pereka fesyen Rizman Ruzaini turut terkena tempiasnya apabila baju yang disiapkan olehnya tidak pun dipakai oleh Alyah. Ingat balik, Alyah telah menempah 4 pasang pakaian dari 4 pereka fesyen berlainan untuk satu acara. Hatta Dolmat hanya inginkan permohonan maaf daripada Alyah, tetapi rasanya sampai sekarang Alyah masih tidak mengungkapkan kata maaf pada pereka fesyen tersebut. Apakata anda sendiri baca perang tweet mereka dan nilaikan sendiri.Tak elok lah artis dan pereka fesyen bergaduh sesama sendiri kerana lagipun industri hiburan dan fesyen ini saling berkait rapat.

Dan ini pula adalah tweet balas dari Alyah. Nampaknya masih belum ada kata-kata maaf darinya buat Hatta Dolmat.

 

Komen Anda