Info Menarik, Pilihan

Jom Tengok Gambar Percutian Eksklusif Angkasawan Negara Bersama Peminat Ke Phuket Dan Krabi! ( 15 Gambar )

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Jom Tengok Gambar Percutian Eksklusif Angkasawan Negara Bersama Peminat Ke Phuket Dan Krabi! ( 15 Gambar )

 

Pada 2 Disember 2012 ( Ahad ) hingga 5 Disember 2012 ( Rabu ) lepas , seramai 30 orang peminat bertuah telah pergi bercuti dan bertemu secara dekat dengan Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor ( Dato’ SMS ) iaitu Angkasawan Negara Malaysia ke Krabi dan Phuket, Thailand. Pihak Wanista.com telah dijemput oleh Angkasawan Communications dan Bagus Holiday Sdn Bhd untuk turut sama memeriahkan percutian bersama Dato’ Dr Sheikh Muszaphar  dan peminat beliau.

Pelayaran ini merupakan satu pengalaman menarik bagi peminat dan juga pihak media untuk mengenali Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan lebih dekat sambil bertemu dengan ahli keluarganya yang lain iaitu tak lain tak bukan Datin Dr Halina Mohd Yunos, 32, yang kini hamil tujuh bulan serta anak sulung mereka, si kecil molek, Sophea Isabella (Bella), setahun empat bulan.

Kapal mewah yang menjadi perakam kenangan indah Dr Sheikh Muszaphar bersama kumpulan peminatnya dalam percutian yang diberi nama Cruise With Angkasawan itu berlayar dari Penang Port, Pulau Pinang pada petang Ahad lalu dan tiba di Phuket, Thailand kira-kira jam 12 tengah hari, 3 Disember lalu.
Percutian bersama peminat yang pertama kali diadakan beliau itu adalah anjuran Angkasawan Communications dan Bagus Holiday Sdn Bhd serta mendapat tajaan Empire Classique Furniture, Restoran al-Rawsha, Dian Pelangi Boutique dan Maswira Farish Designer.

Sebelum tiba di Phuket, sempat Dr Sheikh Muszaphar mengadakan sedikit sesi perkongsian pengalaman ketika berada di angkasa lepas serta menceritakan cabaran dilaluinya untuk merebut tempat yang menjadi idaman 11,425 rakyat Malaysia lain yang turut memohon mengikuti Program Angkasawan itu. Selain itu pakej pelayaran eksklusif ini membolehkan peminat dan juga Dato’ SMS bersama-sama berkunjung ke tempat-tempat menarik seperti Wang Talang, bandar Phuket, Expo Market dan juga pantai Patong yang terdapat di Phuket, manakala di Krabi pula, mereka telah melawat Tiger Cave Temple, Khao Knanap Nam dan Pantai Ao Nang.

Sementara itu, dalam pelayaran yang cukup mewah itu, peminat Dr Sheikh Muszaphar turut dihiburkan dengan persembahan artis di Majlis Makan Malam Gala yang diadakan pada malam terakhir di Star Cruises itu. Finalis rancangan realiti One In A Million (OIAM) musim kedua, Iz, menambah seri percutian kali ini dengan menyanyikan tiga lagu sambil sempat mengusik Dr Sheikh Muszaphar untuk bernyanyi bersama.

Jangan lupa saksikan Nona di TV3 siaran 16 Disember 2012 pada pukul 2 petang untuk menyaksikan gelagat Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan para peminatnya dalam pelayaran yang mengujakan ini ya? :D

Lawati laman Facebook Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor : https://www.facebook.com/pages/Dr-Sheikh-Muszaphar-FanClub/10150150693010497

Jom kita lihat gambar-gambar menarik Dato’ SMS bersama keluarga dan para peminatnya di Phuket dan Krabi! :)

Para media yang turut serta dalam pelayaran eksklusif bersama Dato’ Dr Sheikh Muszaphar
Gambar keluarga Dato’ Dr Sheikh Muszaphar

Gambar oleh : Muhammad Haziq bin Abdul Halim ( Berg_pastrana )

 

Komen Anda