Berita & Isu Semasa, Pilihan

Automatic Escape System : Alat menutup nombor plat kereta untuk elak kamera AES (Gambar + Video)

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Automatic Escape System : Alat menutup nombor plat kereta untuk elak kamera AES (Gambar + Video)

Sebelum ini kecoh pelbagai pihak yang menentang pemasangan AES atau Automated Enforcement System di lebuhraya dan juga jalan persekutuan sekitar ibu kota dan bandar-bandar besar serata Malaysia. Nampaknya ia bukan terhenti disitu sahaja. Sebelum ini pihak TV3 ada mendedahkan cara penipuan terbaru dimana ada alat baru sedang hangat dijual dalam talian untuk membantu pemandu mengelak dikenakan undang-undang trafik dan mengelakkan ditangkap pada kamera AES.

Peranti buatan Taiwan yang diberi nama “burglar-proof licence plate” tetapi ia juga mungkin dipanggil “automated escape system”  untuk mengelak daripada ditangkap kamera had laju. Dengan hanya menekan satu butang, ia akan mengaburkan nombor plat depan dan belakang kenderaan anda dan biasanya pemandu akan mengaktifkan ia apabila berada dalam kawasan perangkap had laju.

Kain hitam akan turun ke bawah untuk menutup nombor plat kenderaan, seperti nombor plat berputar pada kereta Aston Martin DB5 yang digunakan dalam James Bond Goldfinger dan Thunderball filem tahun 1960-an. Gajet yang berharga sekitar RM400 amat mudah untuk dipasang iaitu kurang dari satu jam dan menjadi alat popular pemandu kereta yang ingin mengelak dari ditangkap kamera AES.

Alat itu  sedang dipasarkan melalui akaun Facebook yang menyenaraikan nombor telefon ejen di Lembah Klang dan terdapat juga peniaga yang menjualnya di negeri Johor dan Pahang. Pemandu juga boleh memasang alat itu di kedai aksesori auto dengan bayaran hanya RM30.

Tetapi awas, jika anda tertangkap, anda diwajibkan untuk membuang alat itu dan membawa kenderaan anda untuk pemeriksaan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Komen Anda