Review - Lain-lain, Tips

[Review] Alat Pemutar/Drill Automatik Keluaran Bosch

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[Review] Alat Pemutar/Drill Automatik Keluaran Bosch

Siapa kata perempuan tak perlu tahu tentang hal-hal pertukangan atau membaiki benda rosak? Lagipun, zaman teknologi maju terdapat pelbagai alat pertukangan yang mudah dan sesuai digunakan oleh wanita.

Ruangan review kali ini, Wanista.com diberi kesempatan untuk mengujicuba alat pemutar skru dan drill automatik keluaran Bosch. Set Bosch Cordless Drill/Driver GSR 1440-LI Professional mengandungi:

  • Kotak pembawa
  • 1 bit skru
  • Pengecas AL1814 CV
  • 2 bateri 1.3 Ah Li-Ion

Bosch Cordless Drill ini sangat berguna apabila kita hendak memasukkan paku skru ke dinding. Sepanjang ujicuba ini, kami berjaya memasukkan skru ke dalam dinding kayu menggunakan Bosch Cordless Drill. Tidak perlu lagi bersusah payah menggunakan pemutar skru, cuma tarik picu dan siap!

Cara menggunakan Bosch Cordless Drill adalah seperti berikut

1) Pasangkan bateri

2) Masukkan skru ke dalam bahagian ‘kepala’

 

Tekan picu merah ke luar (rujuk gambarajah) untuk memasukkan skru ke dinding. Tekan picu merah ke dalam (rujuk gambarajah) untuk mengeluarkan semula skru.

 

Hala ‘kepala’ drill ke dinding untuk memasukkan atau mengeluarkan skru, tekan pemetik. Alat menjadi bertambah laju sekiranya pemetik ditekan sepenuhnya. Jika dilepaskan, alat akan berhenti berpusing.

 

Pada mulanya agak sukar bagi kami menggunakan alat ini. Maklumlah, pertama kali hendak menggunakan peralatan automatik. Tetapi, apabila mencuba beberapa kali sahaja, kami berjaya memasukkan skru ke dinding kayu. Alat ini bukan saja mudah, tetapi kerana ianya tanpa wayar, menjadikan ia mudah digunakan di mana saja tanpa perlu risau kalau ada ‘plug’ untuk sambungan atau tidak.

Mungkin pembaca, terutamanya wanita yang masih bujang mahu membeli alat ini untuk kegunaan di masa perlu. Harga alat ini sekitar RM499.

Selamat mencuba!

Komen Anda