Info Menarik, Review, Review - Filem

Review filem : Istanbul Aku Datang ( 4/5 bintang ) – BEST!!

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Review filem : Istanbul Aku Datang ( 4/5 bintang ) – BEST!!

 

       Susah benor nak eja Istanbul ni. -_-” Istanbul ya, bukan Instanbul. Ok berbalik pada filem Istanbul Aku Datang, saya berkesempatan untuk menonton filem itu bersama kawan-kawan saya setelah bersusah payah saya paksa mereka tengok. Maklumlah, orang kita ini kan skeptikal sikit mengenai filem tempatan. Jadi mereka anggap ini merupakan just another boring Malay film. Nak tahu kenapa saya tengok cerita ini? Sebabkan Twitter juga la. Ramai yang buat main nama Istanbul ni, ( Istanbul, mana mak saya? Istanbul mana kunci kereta saya ? Istanbul bapak datang lah, macam-macam lagi. ) jadi tergerak juga hati menonton filem ini, sebab buat apa nak kritik kalau belum tengok filem nya betul tak?

           Sebelum itu pun saya ada juga membaca kritikan pedas di akhbar kononnya filem Istanbul Aku Datang ini menggalakkan lagi masalah sosial bersekedudukan, tapi anda perlu ingat, filem rempit, bohsia, ahlong, gangster, bomoh semua tu, adakah semuanya mengalakkan masyarakat untuk melakukannya? Tak kan?

          Masa saya menonton filem ini, satu panggung penuh, kagum juga saya. Filem ini merupakan sebuah filem arahan Bernard Chauly. Dibintangi oleh Lisa Surihani, Tomok, Beto Kusyairy dan Aizat.

SINOPSIS ( Spoiler alert )

Dian ( Lisa Surihani ) adalah seorang gadis yang periang dan manja. Keinginannya cuma untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad (Tomok ) . Masalahnya, Azad kini sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul, dan kursus ini tempohnya enam tahun.
Tempoh itu nyata terlalu lama, dan menyebabkan Dian pergi ke Istanbul untuk melakukan kursus pendek dan dalam masa yang sama membuat pelbagai helah supaya Azad melamarnya dalam tempoh itu. Dalam misi Dian untuk dilamar Azad, Dian terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah sampai dia terpaksa tinggal serumah dengan seorang lelaki lain iaitu Harris ( lakonan Beto Kusyairy )
          Dian terpaksa menipu Azad, dengan mengatakan dia tinggal bersama seorang wanita Arab yang tegas dan tidak membenarkan lelaki datang ke rumah mereka. Macam mana Dian bleh tinggal serumah dengan Harris? Sebab Dian telah ditipu oleh seorang lelaki Istanbul tempatan dan mengambil semua duit Dian, jadi dia tiada pilihan lain dan terpaksa terus tinggal bersama Harris tanpa kerelaannya.
Azad pula tiba-tiba bersikap dingin dengan Dian, taknak jumpa Dian lah, sibuk kuliah lah apa la. Dan kemudian mengambil kesempatan meletakkan semua kesalahan ke atas bahu Dian apabila mendapat tahu yang rupanya Dian tinggal serumah dengan Harris. Kalau nak tahu, Azad ni sebenarnya ada teman wanita lain , sebab tu perangai macam tu. Dan last-last Dian hidup bahagia dengan Harris. Hehe!
Review filem
       Terus teranglah, bagi pendapat saya, ini adalah filem lakonan Lisa Surihani yang paling terbaik pernah saya lihat. Sungguh bersahaja, dan sangat cocok dengan watak Dian tu, Beto pula, okay la, tapi kalau dia kurangkan sikit ekspresi marah dan tegang leher apabila part tengking-tengking dia, rasanya ok. Sebab nampak macam Beto ni terlebih bagi ekspresi wajah pula. Haha. Tomok dan Aizat, tak tahu nak komen macam mana. Mungkin memang Bernard sengaja mahukan Tomok melakonkan watak seorang pelajar yang blur, berat mulut, berlakon agak kayu macam tu. Tapi sebenarnya Tomok ini ada bakat berlakon, cuma kena asah sikit lagi la. Manakala Aizat pula, okay gak berlakon dan kalau mulut dia tak berat, mesti lagi best!
      Jalan cerita pula pada awalnya agak perlahan, mungkin sebab banyak babak Lisa dengan Tomok. Tapi bila dah masuk scene Lisa dengan Beto, jadi best lah sikit dan memang saya kagum dengan sinematografi filem Istanbul Aku Datang ni. Sangat cantik, dan pemandangan di Istanbul pun indah serta penggunaan warna yang terang menyebabkan rasa syok je tengok filem ni. Rasa macam setiap scene tu best kalau dapat diInstagram.
      Memang saya syorkan anda untuk menonton filem ini, tak rugi kerana ianya sangat cantik dan Lisa pun berlakon best. Mungkin saya akan pergi menonton filem ini buat kali kedua. :p
Rating : 4/5 bintang ( Tolak satu sebab hero Tomok kureng sikit )
Trailer Istanbul Aku Datang :

Leave a Reply
Your email address will not be published. *