Berita & Isu Semasa

“Warga kota ‘malu’ guna jejantas” – Bukan malu tapi malas

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
“Warga kota ‘malu’ guna jejantas” – Bukan malu tapi malas

 

Sikap kebanyakan warga kota yang enggan menggunakan jejantas terutama di Jalan Pudu, di sini, bukan saja boleh mengundang bahaya, tetapi boleh mengakibatkan kemalangan terhadap pemandu kenderaan lain.
Tinjauan di beberapa laluan di sekitar ibu kota antaranya Jalan Pudu, Jalan Imbi dan Jalan Tun Razak mendapati masih ramai tidak menggunakan kemudahan itu sebaliknya melintas jalan yang boleh membahayakan mereka. Lebih mengecewakan apabila ada antara mereka dilihat membimbing kanak-kanak dan mendukung bayi sebelum melintasi jalan yang dipenuhi kenderaan dipandu laju.

Orang ramai seharusnya menggunakan jejantas dengan sebaiknya bukan membuat tindakan yang boleh meragut nyawa. Semua orang tahu jalan dilalui banyak kenderaan dan dipandu laju. Disebabkan itu kerajaan menyediakan jejantas untuk keselamatan dan kegunaan bersama. Keputusan tidak menggunakan jejantas sesuatu merugikan kerana ia wang rakyat yang seharusnya dimanfaatkan bersama. Lebih elok menggunakan jejantas kerana bukan saja nyawa yang perlu diselamatkan, tetapi nyawa anak-anak kecil dan pemandu lain perlu diutamakan. Tetapi sebenarnya tajuk berita di Harian Metro itu patut ditukar dari MALU kepada MALAS. Bagi pejalan kaki, menggunakan jejantas adalah perbuatan yang leceh dan ada lokasi jejantas yang terlalu jauh menyebabkan orang ramai malas menggunakannya.

Jejantas daif

Yelah, orang Malaysia kan ‘sibuk’ dan selalu tak ada masa. Jadi untuk menjimatkan lagi masa 5 minit untuk menggunakan jejantas itu adalah berharga , lebih berharga dari nyawa mereka sendiri. Ada juga yang tidak mahu menggunakan jejantas kerana banyak kes jenayah ragut terutamanya berlaku disitu. Oleh kerana keadaan yang agak sunyi kerana kurang digunakan orang, jadi mereka tidak mahu mengambil risiko diragut pula. Selain itu keadaan jejantas yang daif juga menyebabkan pengguna tidak mahu menggunakan ia atas faktor keselamatan. Jadi, sebenarnya tidak boleh menyalahkan pengguna sahaja jika mereka tidak mahu menggunakan jejantas. Banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada masalah ini.

 

Komen Anda