Berita & Isu Semasa

Apa kenangan umur 10 tahun anda?

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Apa kenangan umur 10 tahun anda?

 

Gambar hiasan

Adakah kamu masih ingat apa yang kamu sedang lakukan ketika kamu berumur 10 tahun? Mungkin antara kita yang sudah lupa. Mungkin ada juga yang sedang tersenyum bila teringatkan kenangan sewaktu kanak-kanak. Memang indah! Saya masih ingat ketika pulang daricheap Wedding Dresses sekolah , laju sahaja buat kerja sekolah kerana teringatkan janji dengan kawan-kawan ingin bermain pada waktu petang. Masa itu kita akan sama-sama fikir nak main permainan apa. Macam main sep-sep, polis sentri, main baling selipar, main rumah terbakar. Yang paling advance konon-konon main jadi penyiasat remaja. Kelakar betul. Masa saya berumur 10 tahun, masa itu baru terciptanya computer. Dan tak semua orang ada computer masa itu. Kira satu barang yang mewah lah. Masa itu game Minesweeper jadi kegilaan. Belum wujud telefon bimbit dan capaian internet.

Saidina ( Image : http://www.muurkrant.nl)

Zaman kanak-kanak paling indah bila setiap hari Sabtu dan Ahad, masa dihabiskan dengan kawan-kawan dan menonton kartun di TV1 macam Along, Kalau TV2 kartun Thundercat, Kalau TV3 pula rancangan Chicky KFC tu. Hebat juga ingatan kita hafal semua rancangan TV ni.


Masih ingat pada kartun Might Morphin Power Rangers?

Masa saya berumur 10 tahun, permainan board games sangat popular. Kalau ada rakan-rakan yang ada permainan board games macam Saidina, Sahiba atau Scrabble, dia antara yang paling popular di sekolah. Ya lah, agak mahal permainan ini pada zaman dahulu. Pernah dengar board game ular tak? Macam ni? Ha, yang ini board games untuk golongan kurang berkemampuan macam saya. Makanan ringan seperti keropok Cuma 20sen sebungkus manakala coklat yang paling popular adalah Tora dan DingDang.

Di musim perayaan pula, kitalah orang paling gembira kerana bakal menjadi ‘orang kaya sebulan’. Walaupun duit raya pada zaman itu Cuma 50sen dan juga satu ringgit, kita adalah orang paling gembira. Bukan senang nak kumpul RM50 pada zaman itu. Mercun juga masih Formal Dresses‘legal’ di Malaysia. Macam-macam jenis bunga api dan mercun dibeli oleh ayah kita kan? Segala macam meriam direka dan diubah suai.Saya masih ingat, pada waktu malam, kebanyakkan jiran semua sudah berada di jalanraya bermain bunga api. Kita semua berkongsi dan bertukar-tukar mercun. Boleh dikatakan setiap hari ada saya berita mengenai kanak-kanak cedera akibat mercun di dada akhbar. Mungkinlah sekarang mereka sudah mengharamkan penjualan mercun di Malaysia. Semua kerana kami. Maaf ya adik-adik?

Harga nasi lemak Cuma 50sen sahaja, sangat murah!

Kadang-kadang kita rasa macam mahu kembali pada zaman berumur 10 tahun. Hidup dengan riang gembira tanpa ada tanggungjawab berat. Paling berat pun mungkin membuat kerja sekolah, membasuh pinggan atau mengemas bilik tidur sahaja. Segala persiapan makan,minum,duit belanja, pakaian semua dah disiapkan mak dan ayah. Masa kanak-kanak kita mudah mempercayai orang, mengasihi orang tanpa ada rasa benci di hati. Tak perlu fikir masalah bila dah dewasa macam sekarang. Padanlah ramai sahaja yang berkata mereka rindu zaman kanak-kanak mereka.

Kalau boleh diputar masa ke zaman saya berumur 10 tahun, saya tak mahu banyak tidur. Saya mahu habiskan hari-hari saya membuat lebih banyak perkara seronok dengan kawan-kawan. Mungkin kanak-kanak pada zaman sekarang sibuk bermain permainan computer dan gajet terbaharu masing-masing. Adakah mereka masih tahu cara sebenar bersosial dan bergembira bersama anak-anak lain?

Zaman sekarang juga anak-anak perlu dikawal ketat kerana terlalu ramai orang yang berniat jahat berbanding pada zaman dahulu, anak-anak dibiar bermain tanpa pengawasan orang tua. Kadang-kadang bila baca di dada akhbar mengenai penganiayaan seksual dan penderaan kanak-kanak buat saya rasa terfikir, begitu dangkal sekali pemikiran orang zaman sekarang berbanding orang zaman dahulu. Walaupun orang zaman dahulu tidak semaju sekarang, tapi moral dan akhlak masih lagi agak terjaga. Saya bangga mempunyai banyak kenangan manis semasa berusia 10 tahun. Anda pula bagaimana?

Komen Anda