Info Menarik, Review, Review - Lain-lain

[Review] Permainan baru Waterplexx 5D Sunway Lagoon & tiket promosi All Park RM20 – @sunwaylagoon1

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[Review] Permainan baru Waterplexx 5D Sunway Lagoon & tiket promosi All Park RM20 – @sunwaylagoon1

Pada minggu lepas kami berkesempatan untuk pergi ke majlis pelancaran Waterplexx 5D di taman tema Sunway Lagoon yang terletak di Sunway. Apa yang menariknya mengenai Waterplexx 5D ni? Pertama sekali Waterplexx 5D ni merupakan sebuah bilik teater  5D yang  bukan saja anda boleh merasakan pengalaman dari segi visual malahan fizikal. Selain dari tayangan video 3D, anda juga boleh merasai efek air, kabus dan efek gegaran kerusi seperti seolah-olah anda berada dalam permainan waterslide di taman tema air.

Kami sempat cuba permainan ini sebanyak 3 kali dan memang bestlah bagi mereka yang takut nak naik waterslide atau roller coaster. Memang tak rugi mencuba permainan baru dari Sunway Lagoon ini kerana ia merupakan permainan berkonsepkan 5D pertama di Malaysia. Cuma nak komen sedikit mengenai efek kabus yang tebal sangat menyebabkan kesukaran untuk nampak video 3D yang ditayangkan apabila duduk di kerusi paling belakang serta efek air juga perlulah konsisten untuk kerusi bahagian hadapan,tengah dan belakang. Tetapi walau apapun  yang paling kami suka adalah efek pancuran air dari bawah, kiri dan kanan memang feel lah! Memang basah 100%! Untuk permainan ini, snda perlu memakai cermin mata khas 3D apabila masuk ke ruang teater dan satu sesi boleh menempatkan seramai 36 orang pengunjung.

PROMOSI TIKET RM20

Sunway Lagoon telah membuat promosi dimana 1000 pengunjung warga tempatan yang membeli tiket di kaunter tiket Sunway Lagoon pada setiap 20hb setiap bulan, anda dapat menikmati harga tiket semurah RM20 untuk all park. Promosi sehingga Mac 2013.

Bagi yang tak pernah berkunjung ke taman tema Sunway Lagoon, disana  ada 5 jenis taman taman iaitu Water Park dan Surf Beach, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park, Scream Park dan dibuka pada setiap hari kecuali Selasa dari jam 10 pagi hingga 6 petang

Harga tiket biasa pula adalah :

Dewasa : RM120

Dewasa ( dengan MyKad ) : RM90

Kanak-kanak ( bawah 11 tahun ) & Warga emas ( atas 60 tahun ) : RM90

Kanak-kanak ( bawah 11 tahun ) & Warga emas ( atas 60 tahun ) dengan MyKad : RM65

Pakej keluarga ( 2 kanak-kanak, 2 dewasa ) RM 275

Lawati laman web : www.sunwaylagoon untuk maklumat lanjut!

Facebook : www.facebook.com/sunwaylagoonMsia

Twitter : www.twitter.com/sunwaylagoon1

Video Waterplexx 5D

Komen Anda