Berita & Isu Semasa, Pilihan, Tips

[ Tips IT ] Jom belajar guna Google Hangout :)

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Tips IT ] Jom belajar guna Google Hangout :)

Sejak Dato’ Seri Najib Razak guna Google Hangout selepas pembentangan bajet 2013, makin ramai yang minat dan mahu menggunakan Google Hangout ni untuk berborak dengan kawan, buat meeting secara online dan macam-macam lagi. Tapi secara jujurnya sebabkan saya tak berapa tahu sangat dan malas untuk ‘explore’ macam mana cara untuk menggunakan Google Hangout, jadi saya tolak ketepi. Bukan apa, kan guna Facetime lebih senang dan mudah? Tetapi anda perlu ingat, orang lebih banyak ada laptop berbanding barangan Apple dan kalau tak belajar, macam mana nak pandai guna betul tak?

Jadi, hari ini saya nak ajar bagaimana mahu menggunakan Google Hangout ni.

IKLAN

Pertama sekali, anda perlu ada akaun Google Mail, kalau tak ada, boleh create disini :   mail.google.com/mail/signup

Kemudian buka email, anda akan nampak satu link seperti ini +You atau + Nama Anda. Click link itu.

Selepas itu, page seperti ini keluar. Klik butang merah “Start A Hangout” di sebelah kanan atas.

Hanya 9 orang sahaja kenalan yang boleh join satu Hangout dan anda boleh invite sama ada rakan dari email, atau circle Google+ anda.

Hanya orang yang anda jemput/invite sahaja dapat berinteraksi di dalam satu-satu Hangout manakala orang lain yang tak dijemput tu hanya dapat tengok sahaja dan klik “Enable Public Broadcasting”. Dengan enable Public Broadcasting, anda dapat merakam Hangout anda apabila sudah selesai didalam bentuk video dan masukkan ke dalam Youtube.

IKLAN

Ewah, satu ofis pun nak Hangout kan.

 Tips untuk menjadi hos Hangout yang baik

1. Pastikan bahasa yang anda gunakan sesuai dan jaga tatasusila anda. Mulakan sesi Hangout dengan memperkenalkan nama masing-masing ( jika pertama kali ). Sama juga macam kalau kita jemput orang datang ke rumah, kita layan baik-baik, sama juga macam Google Hangout.

2. Jika ada peserta yang mahu bercakap semasa perbualan Hangout, adalah lebih baik jika suruh yang lain mute mikrofon sebentar dan mendengar dengan teliti tentang apa yang ingin diperkatakan oleh peserta lain. Jadi tidaklah mengganggu sangat dan sesi Hangout anda berjalan lancar.

3. Pastikan perbualan anda tidaklah terlalu serius dan membosankan. Selang-selikan dengan ketawa atau lawak yang tidak kertelaluan.

4. Sebagai moderator Hangout, anda ada beberapa perkara yang anda boleh control sebagai contoh :

Sticky click : Anda boleh pilih video mana yang ingin anda jadikan main video dengan hanya click pada video kecil di bawah.

Mute : Anda boleh mute sebentar peserta dengan klik pada ikon mikrofon akan tetapi peserta boleh unmute diri sendiri juga.

Block : Jika anda rasa ada peserta yang degil, atau tidak hormat pada peserta Hangout lain, anda boleh block mereka dengan klik ikon tangan.

Muat turun Google+ Hangout : https://tools.google.com/dlpage/hangoutplugin