Fesyen, Pilihan

11 Tips Mudah Mencerahkan Bibir Gelap

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
11 Tips Mudah Mencerahkan Bibir Gelap

 

Bibir yang cerah dan merah memang akan menjadikan rupa berseri dan nampak cantik daripada biasa. Tetapi adakalah bibir yang cantik dan merah itu akan bertukar menjadi kusam dan gelap atas beberapa faktor. Antara faktornya adalah merokok, minum kopi dan teh secara berlebihan, lipstick murah dan sebagainya.

Dalam artikel kali ini, kami nak kongsikan tips bagaimana untuk mencerahkan kembali bibir yang kusam dan gelap itu.

1. Anda boleh gunakan berus lembut atau berus gigi untuk menanggalkan sel kulit mati atau rekahan bibir yang kering. Apabila sel kulit mati telah dibuang, sel kulit yang baru akan kembali dan mengembalikan kelembutan bibir.

2. Letakkan madu di bibir anda selama 15 minit sebelum dibasuh dengan air. Lakukan pada waktu malam sebelum tidur.

3. Letakkan ubat gigi pada bibir selama 3 minit dan dibasuh dengan air. Lakukan setiap hari sehingga warna bibir menjadi agak cerah.

4. Sapukan santan kelapa pada bibir untuk membantu mencerahkan kulit bibir. Sapuan dilakukan sebelum tidur pada setiap malam sampaikan bibir cerah kembali.

5. Kurangkan merokok. Perokok tegar memang sudah arif yang bibir yang terdedah dengan nikotin akan menyebabkan bibir menjadi gelap.

6. Hadkan daripada mengambil minuman kopi dan teh. Ia memang akan menggelapkan bibir anda jika terlebih minum kopi dan teh.

7. Amalkan makan buah kurma. Kurma dikenali sebagai buah yang dapat membantu meningkatkan peredaran darah dalam badan dan membantu memperbaharui kulit anda.

8. Urut bibir anda dengan setengah sudu teh minyak zaitun atau castor oil, setengah sudu teh gliserin, dan setengah sudu teh jus lemon dicampur bersama-sama. Biarkan semalaman sebelum dibasuh dengan air biasa. Boleh membantu dalam mencerahkan warna bibir anda dan mencegah kekeringan.

9. Sebelum membeli gincu, anda boleh buat patch test dahulu. Sapukan gincu pada tangan anda. Jika anda merasa gatal-gatal atau alahan, elakkan dari membeli gincu itu. Selain itu tanggalkan gincu sebelum tidur dan bersihkan bibir anda. DAN jangan gunakan gincu yang sudah tamat tempoh.

10. Jika anda keluar rumah, jangan lupa untuk sapukan lipbalm untuk melindungi bibir dari sinar UV. Jangan tak tahu, pancaran matahari bukan saja boleh menggelapkan kulit, tapi juga boleh menggelapkan bibir.

11. Makan buah-buahan segar dan sayuran serta minum air dengan secukupnya.

 

Komen Anda