Berita & Isu Semasa, Kesihatan, Pilihan

[Makanan/Resepi] Buat Kek Coklat Dalam 20 Saat!

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[Makanan/Resepi] Buat Kek Coklat Dalam 20 Saat!

Kami sendiri baca tajuk rasa macam tak percaya. Macam mana nak buat pencuci mulut dalam masa 20 saat? Tips ini dikongsikan oleh pembaca Wanista iaitu Violaceous . Bagi yang rasa nak makan pencuci mulut dan malas nak tunggu lama, anda semua boleh cuba resepi ini. Sangat mudah dan kos pun murah.

Resepi Chocolate Souffle

  • 100gram coklat ( 1 bar coklat )
  • 5 biji telur ( asingkan putih dan kuning telur ) –
  • Sedikit minyak

Bahan tambahan jika mahu

  • Gula
  • Serbuk koko
  • Serbuk penaik
BACA  Sebab Jijik Kamu Perlu Stop Tiup Lilin Kek Hari Jadi Sekarang

Cara-caranya :

 

1. Cairkan coklat dengan menggunakan teknik double boiler atau pun guna saja microwave.

2. Pukul putih telur dan bahan-bahan tambahan ( Jika tak mahu guna bahan tambahan, guna putih telur je pun dah ok! :) )

3. Masukkan coklat cair ke dalam adunan putih telur tadi.

4. Masukkan adunan tadi  ke dalam cawan kecil yang telah disapukan minyak di sekelilingnya ( untuk mengelakkan kek melekat pada cawan ), dan masukkan ke dalam microwave selama.. 20 SAAT!

BACA  Tengah Buat Diet Buah? Baik Lupakan Sahaja..

5. Terbalikkan cawan ke atas pinggan dan dah siap! :D

MUDAH KAN? Selamat mencuba!

Resepi asal : SINI

Ramai kawan-kawan Twitter sudah pun mencuba resepi ini. Nak tengok hasil Choc Souffle mereka? Ha, jom!

Oleh @Violaceous_
Oleh @ynadoink
Oleh @aidasue

Leave a Reply
Your email address will not be published. *