Gossip, Gossip Antarabangsa, Pilihan

Kahwin Jutawan Arab : Janet Jackson Peluk Islam, Bertudung ( 6 Gambar )

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Kahwin Jutawan Arab : Janet Jackson Peluk Islam, Bertudung ( 6 Gambar )

Janet Jackson dan tunangnya Wissam al-Mana yang merupakan seorang jutawan Arab telah merancang untuk mengikat tali perkahwinannya di Doha Qatar pada tahun depan. Sumber yang memberitahu majalah National Enquirer berkata, majlis perkahwinan itu bakal menjadi majlis yang paling gilang gemilang dan paling diingati dalam sejarah.

Gambar Janet Jackson yang dilihat memakai kain hitam ( hijab ) di kepalanya diambil dan dijadikan muka depan majalah National Enquirer yang bertajuk ” Janet Jackson Secret Muslim Life”

Gambar Janet Jackson bertudung/hijab
Muka depan majalah National Enquirer

Mereka akan menetapkan tarikh perkahwinan yang bakal diadakan pada akhir tahun 2013 dan masih lagi dalam usaha untuk memilih tarikh dan waktu yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan itu.

Seorang pengarang dari Turki Adnan Oktar (aka Harun Yahya) mendakwa di dalam satu interview pada tahun 2010 yang Janet, 46 tahun, serta mendiang abangnya Michael Jackson sudah pun memeluk Islam.
“Saya menghantar satu salinan buku saya kepada Janet Jackson” kata Adnan. “Saya juga menghantar satu lagi salinan kepada abangnya Michael. Abangnya adalah seorang Muslim. Janet juga, pada hakikatnya, seorang Muslim. Seperti abangnya, dia terus tersembunyi mengenai pegangan agamanya.”

Janet Jackson bersama tunangnya Wissam Al Mana seorang jutawan Arab

Pasangan itu dikatakan akan membelanjakan wang $3juta untuk menerbangkan 500 orang tetamu dari serata dunia untuk hadir ke majlis perkahwinannya dan Wissam dikatakan akan memberikan jam tangan berjenama Rolex bernilai $10000 pada setiap tetamu yang hadir.

Wissam, 36 tahun, yang muda 10 tahun dari Janet telah mengenali Janet sejak bulan Ogos tahun 2010 dan telah mengikat tali pertunangan tahun lepas dengan memberikan Janet sebentuk cincin berlian 15 karat. Wissam juga bekerja sebagai eksekutif untuk Al-Mana Group dan merupakan perniagaan keluarganya di Qatar.

Komen Anda