Info Menarik, Pilihan, Review, Review - Makanan

[Review] – 10 Tempat Makan BEST Di Langkawi, Kedah

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[Review] – 10 Tempat Makan BEST Di Langkawi, Kedah

 

Semua orang suka makanan yang sedap dan murah terutamanya apabila pergi melancong. Kadang-kadang kita try-try makanan sebab tak tahu atau tak ada review mengenai makanan tu. Sedap ke mahal ke belakang kira. Kali ini kami nak kongsikan tempat makan yang best yang terdapat di sekitar Langkawi yang kami dah cuba sendiri dan juga cadangan dari mereka yang sudah berkunjung ke Langkawi. Ada yang mahal, ada yang murah. Ada yang sedap ada yang biasa-biasa. Hopefully dapat beri informasi yang berguna pada anda yang bakal melancong ke Langkawi tu ya.

Selepas ini ada artikel mengenai tempat-tempat best di Langkawi serta shopping di Langkawi. So tunggu! :))

1. Laksa Power ( Jalan dari Airport Langkawi ke Pantai Cenang Langkawi )

Lokasinya amat strategik kerana terletak di bahu jalan antara lapangan terbang Langkawi menuju ke pantai Cenang Langkawi. Laksa power ni memang power habis dan sangat sedap. Memang kami rekomen pada anda yang mahukan makanan asli Langkawi. Selain laksa, disini juga ada jual cendol, bihun sup, rojak petis, rojak singapura dan juga air minuman. Harganya amat berpatutan dari RM3 ke atas.

Laksa Power Langkawi
Laksa Power Langkawi. 5 Bintang. Laksa paling sedap yang kami pernah makan. WAJIB CUBA

2. Restoran Haji Ramli, Langkawi


Restoran Haji Ramli dibuka dari petang hingga tengah malam. Terletak di bahu jalan pantai Cenang Langkawi, restoran ini menyediakan menu seafood dan masakan ala Thai yang best dan harganya murah. Kami cadangkan anda cuba ikan bakar di restoran ini kerana rasanya memang lain dari yang lain mungkin kerana perapan ikan bakar tu istimewa serta sambal ikan bakarnya yang best.

Pantai Cenang Kedawang 07000 Langkawi, Tel 049554128

Restoran Haji Ismail di Pantai Cenang Langkawi

3. Restoran Wan Thai ( pekan Kuah Langkawi )

Tatkala kami masuk ke dalam restoran Wan Thai ini, memang terasa aura ‘thai’ dan sangat authentic. Menu yang disediakan adalah makanan thai yang sangat sedap. Anda perlu cuba otak-otak Wan Thai ini kerana memang penuh dengan udang, isi ketam, ayam dan kerang dan rasanya amat unik. Selain itu ada juga pencuci mulut, masakan signature yang lain. Kapasitinya pula boleh memuatkan seramai 300 orang pada satu-satu masa. Best!

Tel: +6 (0)4 – 9661214
wanthairestoran@bluehyppo.com

Waktu Operasi : Setiap hari
11am -15pm & 6.30pm -10pm

Harga

Signature dishes RM 18-25
Makanan Laut Rm12-15

Sayur RM10

Nasi & Mee Rm9

Ikan RM6-7/100gram

Pencuci Mulut RM3-10

4. Islandish Seafood Restaurant ( Pantai Cenang Langkawi )

Restoran yang terletak di pantai Cenang ini menyediakan menu seafood dan juga udang galah yang segar. Harganya agak murah berbanding restoran Orkid Ria dimana kalau di Orkid Ria harga udang galah adalah di antara RM17-Rm18 per 100gram manakala di sini hanya RM13 per 100gram. Berat udang galah pula adalah 500gram-1kg untuk seekor jadi anggaran harganya pula adalah RM50 ke atas. Selain tu ada ketam hidup, dan makanan laut lain. Cara masakannya pula anda boleh pilih sama ada mahukan makanan ala Thai atau Chinese style.

Lokasi No. 8, Kampung Tanjung Mali Mukim Kedawang 07000 Langkawi,  ( depan Mali Perdana Resort ) Tel 04- 9555528

Seafood di Pantai Cenang

5. Air Kelapa/ Coconut Shake ( Jalan padang Matsirat )

Kalau dah pergi pantai, memang nak cari air kelapa lah ye dok? Selain dari bahu jalan airport Langkawi ke Pantai Cenang, di jalan ke Padang Matsirat juga ada gerai yang menjual air kelapa muda. Rasa coconut shake nya tidaklah sesedap pantai Klebang Melaka, boleh tahan je lah. Harganya pula dari RM1.5 ke Rm5 ikut jenis air apa yang kita pilih.

Lokasi : antara bulatan airport Langkawi ke jalan menuju Padang Matsirat

6. Jai Island Cafe ( pekan Kuah Langkawi )

Jai Island Cafe ini terletak pekan Kuah dan dibuka dari petang hingga larut malam. Disini juga ada menu masakan kampung, thai, tempatan dan juga western. Ambiencenya juga best dan selesa. Kami cadangkan bagi anda yang mahu mencuba Jai Island Cafe ini, try makanan westernya seperti lambchop, signature chicken chop dan juga burgernya. Sedap!

Lokasi : Kuah Riverside 07000 Langkawi, Tel 04 9666948

7. Artisan Pizza ( pantai Cenang Langkawi )

Mungkin kerana ramai pelancong asing, di sepanjang jalan pantai Cenang ini ada banyak juga gerai yang menjual pizza dan western food. Pemilik Artisan Pizza ini sangat friendly dan sporting. Artisan Pizza ini terletak bersebelahan dengan Reggae Bar dan dibuka dari 9pagi hingga 2 pagi. Selain pizza, disini juga ada sandwich, baguette, garlic bread, icecream, minuman panas dan sejuk. Harga pizza pula diantara RM19 hingga RM35 mengikut saiz dan juga jenis. Selain itu, mereka juga ada perkhidmatan delivery service yang boleh menghantar pesanan anda terus ke depan pintu bilik hotel anda. Kagum tak?

Lokasi : Lot 1230, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah

012-4771232 (Cenang), 012-5231232 (Kuah), 017-4771232 (Pantai Kok)

8.  Restoran Orkid Ria ( Pantai Cenang Langkawi )

Restoran Orkid Ria ini menyediakan menu dari makanan laut segar. Ada pelbagai jenis menu yang disediakan tetapi harganya agak mahal sedikit tapi berbaloilah dengan apa yang anda makan. Anda dinasihatkan untuk datang awal kerana memang restoran ini selalu FULL HOUSE.

Lot 1225, Pantai Cenang  Mukim Kedawang, 07100 Langkawi, Kedah ( Tel 04-9554128 )

9. Yellow Cafe ( Pantai Cenang Langkawi )

Bagi anda yang inginkan suasana romantis, anda boleh datang ke Yellow Cafe yang terletak di persisiran pantai Cenang. Restoran ini dibuka dari waktu petang hingga tengah malam dan menyediakan makanan western.

Lokasi berdekatan dengan Underwater World Langkawi.

Underwater World Langkawi  Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah ( tel 0124593190 )

10. EE Burger Trimula Cafe ( Pekan Kuah Langkawi )

Sama seperti Yellow Cafe, EE Burger juga menyediakan makanan ala Barat dan memang popular dikalangan penduduk tempatan mahupun pelancong. Ianya dibuka setiap hari kecuali Jumaat dan memang banyak sangat menu sampai tak tahu nak pilih apa. Kalau nak try, anda boleh cuba steak, burger dan chicken chopnya. Berbaloi dan harganya berpatutan.

Lokasi : Persiaran Mutiara Pusat Dagangan Kelana 07000 Langkawi, Tel 01 2476 6614

 

Komen Anda