Fesyen, Pilihan, Tips

[Info Wajib Baca] – 5 Fakta Dan Auta Tentang Selulit

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[Info Wajib Baca] – 5 Fakta Dan Auta Tentang Selulit

Selulit biasanya terjadi pada bahagian tubuh misalnya di perut, punggung, peha dan bahagian betis. Nak tahu lebih lanjut apa itu selulit dan faktor serta cara pencegahan? Baca artikel ini :

Ada perbezaan antara selulit dan stretch mark. Selulit menyebabkan permukaan kulit tampak tidak rata dan berkedut seperti oren. Stretch mark pula garisan putih atau rekahan yang muncul pada peha, perut, lengan dan betis.

Berikut merupakan beberapa mitos yang salah mengenai selulit serta fakta yang benar.

1. Mitos : Olahraga boleh hilangkan selulit.

Fakta : Selulit selalunya terjadi pada lapisan lemak yang terletak di 1mm dibawah kulit sedangkan lemak yang terbakar saat olahraga terletak lebih dalam dari itu. Olahraga memang disarankan untuk mengurangkan lemak dan membuatkan tubuh lebih sihat tetapi bukan untuk membuang selulit badan.

2. Mitos : Hanya individu dengan berat badan berlebihan saja mengalami masalah selulit.

Fakta : Tiada diskriminasi bila ia melibatkan masalah selulit. Ini kerana selulit terjadi bila jaringan lemak di bawah kulit rosak sampai tak dapat berhubung dengan lapisan lain dari lemak atau otot. Selain itu umur juga memainkan peranan penting. Kalau orang yang kurus tetapi sudah berumur, peratusan kemungkinan ada selulit di badan adalah tinggi.

Selebriti Sophie Monk turut mengalami masalah selulit di kaki biarpun mempunyai badan yang kurus

3. Mitos : Selulit boleh dihilangkan melalui sedut lemak ( liposuction )

Fakta : Teknik ini tidak dapat menghilangkan selulit tapi hanya boleh menghilangkan lemak di bawahnya saja. Selain itu, liposuction boleh meningkatkan % selulit pada badan kerana tubuh kehilangan keanjalan kulit hingga sebabkan kulit menjadi lebih longgar.

4. Mitos : Kaum lelaki tidak mengalami selulit

Fakta : Jangan ingat wanita je ada selulit, lelaki pun sama. Tapi nampak macam tak ada pada badan lelaki kerana sel lemak yang terbentuk pada tubuh lelaki lain sikit dari wanita. Selalunya lelaki akan mengalami selulit pada bahagian leher atau perut.

Jangan ingat wanita saja ada selulit. Kalau tidak pandai menjaga badan, lelaki pun ada tau!

5. Mitos : Minum air putih boleh kurangkan selulit

Fakta : Banyak minum air putih dapat sihatkan kulit tapi bukanlah untuk menghilangkan selulit. Air putih juga dapat beri manfaat pada tubuh anda iaitu kelembapan pada kulit.

Komen Anda