Acara, Fesyen, Info Menarik, Pilihan, Review, Review - Fesyen

Butik H&M Malaysia Di Lot10 Kuala Lumpur Dibuka 22 September 2012 : Majlis Pelancaran Dan Review!

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Butik H&M Malaysia Di Lot10 Kuala Lumpur Dibuka 22 September 2012 : Majlis Pelancaran Dan Review!

 

IKLAN

Semalam telah berlangsungnya acara pelancaran butik pakaian H&M di Lot 10 Bukit Bintang Kuala Lumpur. Acara amat meriah kerana bukan sahaja pihak media yang dijemput, bahkan golongan selebriti yang memang upnto date dengan fesyen. Selain itu blogger fesyen dan hijabster juga dilihat di dalam acara ini. Untuk pengetahuan semua, butik H&M akan dibuka secara rasmi kepada umum pada 22 September 2012 iaitu ESOK. Sudah pasti ramai wanita dan lelaki yang sudah tak sabar-sabar nak bershopping sakan kan? Butik H&M yang kedua di Setia City Mall juga akan dibuka tidak lama lagi.

Gambar bersama selebriti yang hadir iaitu Eja, Elfira Loy dan Scha AlYahya ( gambar lain akan diupload nanti! )

Review Butik H&M

Walaupun butiknya tidak sebesar di London, namun butik H&M Lot 10 yang terletak di Bukit Bintang Kuala Lumpur ini yang mempunyai keluasan 3340.5 meter persegi ini mempunyai 3 tingkat menawarkan pakaian untuk wanita, lelaki, remaja, kanak-kanak serta baju plus size untuk wanita yang berbadan comel.Selain itu, aksesori untuk wanita seperti rantai subang, cincin, kasut, beg, boleh katakan semua adalah! Untuk memudahkan anda membeli belah, disini ada disediakan shopping bag, jadi mudah untuk anda membawa pakaian yang sudah dipilih ke fitting room atau ke kaunter pembayaran. Had maksimum pakaian yang boleh dicuba adalah 7 helai dan kaunter pembayaran serta fitting room ada di setiap tingkat. Kaunter pembayaran hanya ada 1 di tingkat bawah dan tingkat 2 manakala di tingkat 1, mereka menyediakan 2 kaunter pembayaran. Anda boleh menggunakan eskalator, lif dan juga tangga untuk naik ke tingkat 1 dan 2.

IKLAN

Tingkat bawah

Di kawasan pintu masuk yang terletak di tingkat paling bawah, terdapat pelbagai aksesori untuk wanita dijual. Kali ini butik H&M menampilkan rekaan pakaian Autumn/Winter 2012 dan warna fabrik yang digunakan adalah warna warna tanah dan relaks dan tidak banyak menggunakan warna terang seperti musim panas. Dari rantai yang berharga serendah RM19.90 hingga yang ke paling eksklusif RM199. Untuk cincin dan subang pula, harganya ada yang belasan ringgit dan mungkin mereka akan menambah koleksi aksesori ini pada masa akan datang. Selain itu koleksi seluar jeans turut dijual dengan harga dari RM39.90 hingga RM149.90. Agak murah juga kerana jeans yang dijual pun banyak design menarik dan cantik. Selain itu, tshirt basic pun ada dijual dengan kadar harga RM30+ dan kainnya pun agak berkualiti. Dari yang pakaian warna plain hinggalah ke yang bercorak tribal print semua ada disini.

Tingkat 1

Apa yang menariknya di H&M , mereka juga menjual rangkaian pakaian yntuk wanita yang berbadan comel atau bersaiz besar yang terletak di tingkat 1. Selain itu, pakaian dalam wanita juga ada dijual di tingkat sama yang menggunakan fabrik kapas hinggalah ke lace semua ada dengan harga serendah RM49.90 untuk sepasang baju dalam. Aksesori dan pakaian tebal seperti jaket, kot, knitwear dan juga skaf ada di sini. Rangkaian kasutnta juga tidak kurang menarik. Menampilkan kasut seperti kasut tumit tinggi, kanvas, dan lain-lain yang dijual pada harga RM49.90 ke atas juga pasti akan menarik hati pembeli wanita. Banyak seluar jeans dan khakis dijual pada harga serendah RM79.90 di tingkat 1. yang istimewanya juga h&m ada menawarkan rangkaian pakaian sukan seperti seluar, sportbra, tshirt dan banyak lagi.

Pakaian sukan di tingkat 1

Koleksi baju plus size

Tingkat 2

Anda boleh dapatkan pakaian dan aksesori untuk lelaki dan kanak-kanak disini. Dari topi, kasut, tshirt, kemeja, hoodies semuanya ada untuk semua peringkat umur dan gaya. Terdapat pelbagai corak tshirt dijual dengan harga serendah RM19.90 ke atas. Disini juga terdapat koleksi kemeja berwarna plain yang sesuai dibeli untuk dipakai ke pejabat serta terdapat kot dan jaket juga! Selain itu juga, bagi ibu bapa yang mahukan pakaian trendy untuk anak-anak mereka, jangan khuatir kerana H&M juga turut ada rangkaian pakaian dari bayi hinggalah kanak-kanak bawah 12 tahun. Seluar coduroy, cardigan, baju panas untuk kanak-kanak dijual pada kadar harga yang berpatutan.

Perbandingan dengan butik lain

Mengikut pengalaman saya sendiri, butik H&M memang menjual pakaian dan aksesori dengan harga yang murah. Saya tidak tahu dengan Malaysia tetapi butik H&M di Tokyo sakan menggantikan pakaian sedia ada dengan design baru kerana pakaiannya yang dijual bilangannya agak terhad. Ini juga mungkin disebabkan oleh butik H&M masih baru dan tidak banyak cawangan. Memang lebih kurang sama dengan harga baju yang dijual di Jusco atau butik pakaian biasa. Jika dibandingkan dengan Forever 21, saya lebih gemarkan H&M kerana pakaiannya agak eksklusif dan harganya jauh lebih rendah serta kualitinya juga baik. Jika dibandingkan dengan Top Shop dan Zara pula, design bajunya lebih kurang sama tetapi anda boleh dapatkan dengan harga lebih murah di H&M. Ada juga yang membandingkan H&M dengan Uniqlo. Jujur saya katakan, jenis fesyen pakaian yang ditawarkan adalah amat berbeza. Mengikut pengalaman sendiri yang pernah belajar di jepun, sebenarnya Uniqlo menawarkan fesyen untuk dipakai sebagai pakaian harian biasa dan pakaian di dalam kot atau jaket kerana negara pengeluarnya, Jepun kan negara 4 musim. Sebab itu warna pakaiannya tidak semeriah butik fesyen lain. Selain itu juga, Uniqlo memang menjual pakaian dari fabrik yang bermutu sesuai untuk dipakai pada keempat-empat musim.

Gambar-gambar di sekitar pelancaran butik H&M Lot 10 Bukit Bintang Kuala Lumpur