Berita & Isu Semasa, Pilihan, Review, Review - Lain-lain

In Trend : Info Mengenai Kamera Polaroid dan Instax Fujifilm

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
In Trend : Info Mengenai Kamera Polaroid dan Instax Fujifilm

 

Pada tahun 1980an kamera segera merupakan kamera yang agak popular tetapi selepas terciptanya kamera filem manual dan juga kamera digital, kamera polaroid mengalami kejatuhan dan tidak lagi digunakan. Tetapi baru-baru ini kamera segera telah menjadi trend semula dan mula menambat hati pencinta gambar dan pengumpul kamera vintaj.  Di Malaysia, kita ada trend hipster, hijabster dan banyak lagi. Selain itu kamera DSLR juga menjadi trend remaja dan juga mereka yang gila gambar! Terbaharu kamera polaroid dan instax telah mula menambat hati para pencinta gambar bercirikan kesan-kesan khas seperti yang terdapat pada aplikasi seperti Instagram.

Untuk artikel In Trend kali ini, kami telah menemubual pemilik kedai kamera The Click Shop, Encik Edmund Li untuk berkongsi maklumat lebih lanjut mengenai instant camera atau kamera segera. Untuk pengetahuan semua, The Click Shop menjual kamera yang menggunakan filem seperti kamera 35mm, 110mm, 120mm , kamera instant seperti Polaroid dan juga Instax, kamera vintaj dan kamera yang tidak terdapat di kedai kamera biasa.

1. Perbezaan kamera Polaroid, Instax Fujifilm dan kamera filem Lomography

Kamera Polaroid dan Instax dari Fujifilm merupakan kamera segera atau instant camera manakala kamera filem pula terdiri daripada kamera Lomography, Holga, Superheadz, Fuuvi dan lain-lain. Ramai yang mungkin keliru dengan kamera Polaroid dan Instax Fujiflm. Sebenarnya Polaroid dan juga Instax merupakan jenama kamera segera dan menggunakan instant film/ filem segera yang agak berbeza dengan kamera filem Lomography yang menggunakan filem jenis positif untuk mengasilkan gambar dan ianya perlu dicuci. Kamera Instax mempunyai pelbagai jenis iaitu Instax Mini 7s, 25s, 50s ( gambar bersaiz 1 keping kad kredit )  dan juga Instax 210 ( Saiz gambar 2 keping kad kredit ). Kamera Instax dan Polaroid menggunakan kuasa bateri alkali.

Instax Mini 7s, 25s, 50s dan 210

Kamera Instax dihasilkan oleh syarikat gergasi Fujifilm dan mempunyai pelbagai jenis iaitu Instax Mini 7s, 25s dan 50s berbeza dari segi fungsi iaitu 7s hanya mempunyai fungsi asas seperti flash, 25s pula mempunyai fungsi tambahan seperti 2 butang shutter untuk gambar potrait dan landscape, cermin untuk mengambil gambar sendiri dan juga close-up lens. Untuk Instax Mini 50s, selain dari fungsi yang dinyatakan sebelum ini ia turut mempunyai fungsi self-timer dan juga exposure control. Manakala Instax 210 ia mempunya fungsi seperti exposure control, self shoot mirror,  close-up lens dan gambar yang dihasilkan juga lebih besar.

Polaroid

Kamera Polaroid merupakan kamera instant terawal yang dihasilkan oleh syarikat Polaroid Corporation dan mempunyai lebih dari 100 jenis kamera. Selepas diisytiharkan bangkrap pada tahun 2001, mereka berhenti menjual kamera Polaroid pada tahun 2007 dan filem Polaroid pada tahun 2009. Tetapi sejak Mac 2012, kamera Polaroid vintaj sekali lagi telah menjadi popular dan boleh didapati di pasaran, kerana ia telah dibangunkan kembali oleh kumpulan yang diberi nama The Impossible Project yang diketuai oleh Dr. Florian Kaps dan mereka membangunkan Polaroid di bekas kilang pengeluaran kamera Polaroid di Enschede, Belanda.

Kamera filem Lomography, Holga

Kamera filem seperti Lomography, Holga menggunakan filem yang agak berbeza dengan kamera filem biasa dimana kamera filem biasa menggunakan filem jenis negatif manakala kamera Lomography menggunakan filem positif. Bahan kimia yang digunakan untuk mencuci gambar juga berbeza dimana filem negatif biasa menggunakan bahan kimia C41 manakala filem positif menggunakan bahan kimia E6. Di Malaysia, kedai gambar biasanya menggunakan teknik cross process dimana mereka mencuci filem Lomography menggunakan bahan kimia C41 seperti yang digunakan untuk filem negatif biasa. Tetapi kebanyakkan kedai tidak menyediakan perkhidmatan ini.

2. Harga kamera

Harga kamera bergantung kepada fungsi dan jenis kamera. Untuk pengguna yang baru dan mahu berjinak-jinak dengan instant camera, anda digalakkan membeli kamera Instax Fujifilm kerana ianya lebih mudah digunakan dan harganya lebih murah.Harga kamera Polaroid adalah lebih mahal kerana gambar yang dihasilkan mempunyai efek yang lebih menarik dan juga kualiti filem gambarnya lebih tebal dari filem Instax Fujifilm.

Purata harga kamera

Instax Mini 7s ( percuma 2 kotak filem 10 keping ) : RM200 hingga RM250

Instax Mini 25s ( percuma 2 kotak filem 10 keping ) : RM 350 hingga RM450

Instax Mini 50s ( percuma 2 kotak filem 10 keping ) :RM460 hingga RM520

Instax 210 ( Percuma 2 kotak filem 10 keping ) : RM270 hingga RM398

Polaroid Spectra : RM550

Polaroid OneStep Closeup : RM550

Polaroid Impulse : RM550

Polaroid Land Camera 2000 : RM550

Polaroid Supercolor 635 : RM550

3. Filem

Kualiti filem kamera Polaroid lebih tebal dan pengguna boleh memanipulasi efek pada gambar ( double picture dan lain-lain )  jika telah mahir menggunakan kamera mereka. Tetapi perlu diingatkan filem untuk kamera Polaroid lebih sensitif dari filem kamera Instax dan perlu dijaga dengan baik untuk memastikan gambar tidak pudar dengan cepat. Selepas mengambil gambar, anda perlu tunggu sehingga 30 minit untuk setiap keping gambar Polaroid menjadi sempurna manakala gambar Instax pula hanya perlu tunggu 1 minit hingga 5 minit untuk mendapat gambar yang sempurna. Harga filem juga berbeza dimana harga filem untuk kamera Instax lebih murah berbanding kamera Polaroid.

Purata harga filem

Instax Mini ( setiap kotak mengandungi 10 keping gambar ) : RM 25 – RM30 manakala Instax 210 ( setiap kotak mengandungi 10 keping gambar ) : RM 35 – RM 40. Saiz gambar Instax Mini bersamaan dengan saiz 1 kad kredit manakala Instax 210 dua kali ganda saiz gambar Instax Mini. Anda digalakkan membeli 2 kotak sekaligus kerana kebanyakkan kedai akan memberi diskaun seperti RM50 untuk pembelian 2 kotak filem.

Bagi filem Polaroid pula harganya lebih mahal iaitu RM85 bagi setiap 1 kotak filem yang mengandungi 8 keping gambar dan harganya lebih mahal bergantung pada jenis filem yang anda mahu.

 4. Tips

  •  Untuk filem kamera Polaroid, anda tidak boleh mendedahkan gambar pada cahaya matahari terlalu lama kerana ia akan menyebabkan gambar cepat pudar.
  • Simpan filem kamera Polaroid di tempat yang sejuk seperti di dalam peti ais untuk membuatkan ia tahan lebih lama.
  • Keluarkan bateri dari kamera jika anda tidak menggunakan kamera supaya kamera tahan lebih lama dan tidak mudah rosak.
  • Untuk filem Polaroid, selepas mengambil gambar anda perlu menutup gambar dari sinaran cahaya matahari iaitu dengan menterbalikkan gambar dan biarkan sehingga 30minit sehingga gambar siap.
  • Jangan goncang gambar selepas ia keluar dari kamera. Ia akan menyebabkan gambar rosak dan gambar yang dihasilkan tidak siap dengan sempurna.
  • Jangan mengharapkan keputusan yang menakjubkan dari setiap gambar. Keindahan gambar Polaroid dan Instax adalah ianya tidak sempurna seperti gambar dari kamera digital.

Contoh gambar apabila Lomo, Instax dan Polaroid digabungkan!

5. The Click Shop

The Click Shop menjual kamera yang menggunakan filem seperti kamera 35mm, 110mm, 120mm , kamera instant seperti Polaroid dan juga Instax, kamera vintaj dan kamera yang tidak terdapat di kedai kamera biasa. Kamera filem seperti jenama Lomography ( La Sardina, Diana F+ , Fisheye,  Diana Mini, SPRocket Rocket )  dan Superheadz, Holga, Fuuvi, Joco, Minimo juga ada dijual disini.

Berikut merupakan harga promosi untuk kamera Instax di kedai The Click Shop. Ianya agak murah kerana untuk setiap kamera 2 kotak filem akan diberikan secara percuma.

Jika anda mahu mendapatkan kamera Polaroid, Instax atau Lomography, disini adalah tempatnya

Alamat :

The Click Shop @ Tokyo Street, Pavilion Kuala Lumpur
168, Jalan Bukit Bintang,
55100, Kuala Lumpur.Tel: 03-2110 1227

The Click Shop @ SS2 (HQ)
18, Jalan SS2/55,
47300, Petaling Jaya,
Selangor.

Tel: 03-7865 2422
Fax:03-7877 3422

Atau boleh membuat pembelian secara online disini : Online Shop

 

Komen Anda