Fesyen, Pilihan

Top 10 Trend Solekan Mata 2012 ( Ada 10 Tips Juga! )

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Top 10 Trend Solekan Mata 2012 ( Ada 10 Tips Juga! )

Mata adalah salah satu organ terpenting untuk manusia. Untuk wanita pula, mata merupakan asset terpenting dan tercantik. Justeru itu teknik solekan mata amat penting untuk menjadikan wajah lebih cantik dan menarik. Berikut kami ingin kongsikan beberapa stail dan teknik solekan pembayang mata yang menjadi trend atau ikutan tahun 2012. Perlu diingatkan teknik yang sesuai perlu digunakan untuk  majlis-majlis tertentu supaya wajah kita tidak kelihatan pelik atau ‘terlebih solek’.

IKLAN

1. Solekan double eyeliner

2.  Solekan Smokey

3. Solekan dwi tona

 

4.Solekan warna metalik

IKLAN

 5. Solekan warna terang/vivid

6. Warna pastel atau lembut

7. Celak mata ala kucing/ cat eyes

8. Solekan warna alam semulajadi

9. Solekan dwi tona gelap dihujung

10. Solekan merah jambu

Teknik solekan smokey

Dibawah pula disertakan 12 gaya penggunaan eyeliner gaya terkini yang boleh anda gunakan.

Tips solekan

1. Gunakan berus solekan yang berkualiti dan berbulu lembut. Tahukah anda berus solekan yang terdapat di dalam set pembayang mata itu boleh membuatkan mata anda cepat berkedut?

2. Gunakan alat solek yang berkualiti. Melabur sedikit tidak salah kerana jika and menggunakan alat solek yang tidak bermutu, kemungkinan besar ia akan merosakkan kulit anda dan warna yang digunakan guna tidak bermutu.

3. Adun warna menggunakan jari. Ada kalanya jari juga boleh digunakan untuk mengadun warna pembayang mata terutamanya dibahagian hujung mata. Nampak lebih asli dan natural.

4. Pilih warna yang sesuai dengan tona kulit anda.

5. Warna terang dihujung mata. Jangan gunakan warna terang diseluruh bahagian mata, nanti nampak seperti badut pula. Sebaiknya gunakan warna terang dibahagian hujung luar mata dan sapukan hingga ke tengah mata. Campurkan dengan sedikit warna gelap untuk menampakkan kesan dwitona. Pasti nampak menarik.

6. Betulkan solekan menggunakan putik kapas, bukan dengan jari.

7. Warna metalik mungkin akan menambahkan seri pada mata kamu tetapi jika anda ‘terlebih guna’, ia akan menjadikan wajah anda nampak tua.

8. Pastikan jika anda mahu menggunakan teknik solekan smokey, jangan terlalu menggunakan solekan dibawah mata.  Takut nampak seperti mata anda ditumbuk atau lebam pula!

9. Gunakan bedak asas sebelum meletakkan pembayang mata. Ia akan membantu solekan anda tahan lebih lama.

10. Anda digalakkan memakai pembayang mata sebelum mengenakan celak mata.

Sumber gambar : Pinterest