Acara, Kesihatan

Koleksi hamper eksklusif Hari Raya Aidilfitri dari Noel Gift Malaysia

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Koleksi hamper eksklusif Hari Raya Aidilfitri dari Noel Gift Malaysia

IKLAN

Baru-baru ini Noel Gift Malaysia telah melancarkan koleksi hamper dan hadiah eksklusif sempena Hari Raya Aidilfitri di Restoran Rebung milik chef terkenal iaitu Chef Ismail. Bagi penggemar barangan eksklusif mungkin nama Noel itu tidak asing lagi bagi mereka. Untuk pengetahuan semua , Noel Gift telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1991 iaitu franchais dari Noel Gift International yang beroperasi di Singapura.

Ucapan dan kata-kata aluan dari Mr Alfred Wong, pengasas Noel Gift International dan juga Miss Grace Fong , Pengurus Besar Noel Gift Malaysia.

Sempena menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri, Noel Gift menawarkan  koleksi eksklusif hamper dan hadiah seperti Semanis Lebaran, Buka Puasa, Evergreen Hampers, Flowers and Gifts, Lebaran Basket, Mahkota Series, Regall Series dan juga Salam Aidilfitri. Matlamat mereka adalah supaya dapat memenuhi selera dan permintaan pengguna dengan menawar pelbagai koleksi hamper dan hadiah.

Konsep dari Noel Gift agak istimewa dimana mereka menggunakan kotak kayu,aluminium, rehal, bekas anyaman dan pasu sebagai bekas untuk meletak barangan hamper jadi pembeli boleh menyimpan untuk dijadikan kenangan. Hampir kesemua barangan yang mereka gunakan adalah diimport dan berkualiti tinggi.

Noel Gift Malaysia menawarkan lebih dari 50 jenis hamper sempena Hari Raya Aidilfitri dan boleh didapati dengan harga serendah RM40 hingga RM1500 untuk koleksi eksklusif.

Hadapan dari kiri : Mahkota Series ( Kaliber ) RM375 ,Regal Series ( Sultan ) RM450

IKLAN

Belakang dari kiri : Mahkota Series ( Untung ) RM395, Mahkota Series ( Saksama ) RM480,  Regal Series ( Marakesh ) RM580

Mahkota Series ( Saksama ) RM480

Siri Buka Puasa – Ramadhan ( BRB 1 ), RM170

Pasu yang diimport dari Arab  dan juga kurma bersalut coklat yang bermutu tinggi.

Mahkota Series ( Untung ) RM395

Demonstrasi gubahan bunga oleh Chef Ismail

Disini kami sertakan beberapa keping gambar dari katalog koleksi hamper eksklusif Hari Raya dari Noel Gift

Regal Series ( Marakesh ) RM580

Mahkota Series ( Aset ) RM595

Bagi yang ingin mendapatkan koleksi eksklusif dari Noel Gift Malaysia ini, ada boleh membuat pembelian secara online di www.noel.com.my atau hubungi talian hotline : 03-7955 3399/ 79585123. Fax kepada 03 7958 8522/ 7958 5375