Berita & Isu Semasa

Tips Keselamatan #1 : Di tempat letak kereta

Aida Sue
/

Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue

Tips Keselamatan #1 : Di tempat letak kereta

Ini adalah perkara yang harus anda ambil berat semasa berada di garaj atau tempat letak kereta untuk wanita.

TEMPAT PERSEMBUNYIAN PENJENAYAH

Kawasan meletak kenderaan selalunya sunyi memudahkan penjenayah untuk menyorok dan menunggu mangsa. Memang sejak penjenayah dua menjak ini banyak kejadian jenayah berlaku di kawasan parkir kereta di pusat beli belah dan di tempat awam lain.

Penjenayah biasanya akan bersembunyi di belakang but kereta atau di tepi van. Mereka juga selalunya akan bergerak secara berkumpulan dan kebanyakkan di antara mereka akan merayau-rayau mencari mangsa yang sesuai sebelum ‘aim dan attack’ mangsa.

SASARAN KEGEMARAN PENJENAYAH

• Seseorang yang kelihatan mesra, ramah, malu-malu, sesat,vpelupa, atau mabuk. Wanita seperti ini lebih senang dimanipulasi.
• Seseorang yang memakai fon telinga atau sedang berbual di telefon bimbit yang tak mengambil tahu hal persekitaran.
• Seseorang tidak sedar yang dia sedang diikuti.

• Seseorang di tempat letak kereta yang parking dekat dengan trak yang mudah menghalang saksi daripada melihat anda – pemangsa yang mencari kawasan yang terlindung.
• Seseorang yang “digari” : iaitu mengangkat beg barangan atau mengendong kanak-kanak. Untuk keselamatan yang lebih baik, kalau boleh pastikan anda berteman dan jika barang terlalu banyak, minta pekerja kedai atau security guard membantu anda bawa barang ke kereta.

TIPS UTAMA

1. SENTIASA berwaspada dan berhati-hati di sekeliling anda (elakkan memakai EARPHONE, telefon bimbit, atau gangguan yang lain)

Halakan semburan lada ke muka penjenayah

2. Bawa semburan lada ( pepper spray ) dan penggera keselamatan peribadi (seperti wisel) dan pastikan kedua-duanya boleh dibawa di luar kawasan letak kereta dan digunakan serta merta. Jika anda berada berhampiran kereta anda, anda boleh menekan butang kecemasan kunci kereta anda – hon kereta anda. Penggera peribadi atau hon kereta anda akan membantu anda sedikit sebanyak untuk ‘menghalang’ pemangsa. Pastikan anda juga bersedia dengan semburan lada pada muka pemanga.
3. JANGAN berasa bersalah untuk menganggap seseorang mungkin berbahaya .Kadang-kadang lelaki yang sopan atau muka innocent ini LEBIH MEMAHAMI seseorang wanita yang berada di kawasan dedah pada bahaya. Jadi keselamatan itu lebih penting dari keramahan pada orang yang tak dikenali.
4. Kalau anda berjalan berseorangan ( yang sepatutnya tak patut dilakukan) dan kamu mendapati ada orang mengekori kamu, jerit “KEBAKARAN!!!” “API!!” selain dari “TOLONG!”. Kebanyakkan orang tidak mahu terlibat jika terdengar jeritan meminta tolong tapi kalau kamu menjerit “KEBAKARAN”, ia akan menarik perhatian. maklumlah, orang kita kan ‘nosy’.
5. Sentiasa menggunakan lif atau tangga bergerak dari tangga ke tempat parkir kereta. Tangga itu merupakan tempat ‘paling sempurna’ melakukan aktiviti jenayah. Dan juga elakkan menggunakan lif jika ada orang yang meragukan dalam tu. ( Orang jahat tak semestinya mempunyai perwatakan yang jahat. Ada yang rupa baik tau ). Dan kaum hawa dinasihati supaya berada di kawasan pintu lif. Kalau terjadi apa-apa mudah melarikan diri.

JIKA ANDA BERSAMA BAYI DAN KANAK-KANAK

Semasa memasukkan bayi dalam kereta ( pastikan bayi dimasukkan SELEPAS anda memasukkan barang ). Masuk ke tempat duduk kereta belakang bersama bayi, dan kunci pintu kereta. Pastikan tali pinggang keselamatan dipakai pada bayi. Kemudian lihat keadaan sekeliling dan sentiasa bersedia dengan pepper spray dan terus ke tempat duduk pemandu dan KUNCI PINTU KERETA. Selalulah guna rutin ini dan ia akan menjadi habit kamu nanti.

CONTOH KES JENAYAH

KES 1

Seorang wanita Dru Sjodin telah hilang dari kawasan parker kereta semasa dia bercakap dengan teman lelaki beliau semasa beliau hendak meninggalkan kawasan pusat membeli belah di Grand Forks ND. Teman lelakinya memberitahu dia hanya mendengar teman wanita menyebut “OK, OK’ dan tiba-tiba beliau meletak telefon. Dia cuba menelefon teman wanitanya beberapa kali tetapi gagal dihubungi. Seorang penculik.perogol bernama Alfonso Rodriguez Jr. Telah menculik Sjodin dan melarikan beliau serta merogol dan kemudian membunuh Sjodin.

KES 2 :

Seorang wanita telah meletakkan kereta beliau apabila seorang lelaki Orlando Gonzalez menhampiri dia dan memberitahu sesuatu yang tidak kena dengan keretanya dan meminta dia datang melihat. Wanita itu menhampiri Gonzalez dan dia memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta beliau. Wanita itu menendang tetapi dia dihunus dengan pisau dan diugut diam jika tidak mahu diam. Dia terus menendang sekuat-kuat hati untuk menyelamatkan diiri dan lelaki itu putus asa dan meninggalkan wanita itu.

KES 3 :

Seorang wanita membantu seorng lelaki untuk menangkat barang-barang beliau ke kereta. Akan tetapi bila mereka sampai ke kereta lelaki itu mengambil senapang lalu merompak wanita itu dan menculik wanita itu dan membawa kereta ke sekeliling bandar.

Jika anda membawa kanak-kanak bersama anda, pastikan kedudukan anda berada di pintu yang terbuka dan letakkan cart/troli bayi di hadapan anda untuk melindungi diri anda jika berlaku apa-apa. Biarkan cart disitu sehingga anda habis meletakkan barang di dalam kereta.

KES 4 :

Di tempat letak kereta di The Curve, Damansara.

Seorang wanita Chin Xin-Chi hampir diculik di tempat letak kereta di pusat membeli-belah The Curve. Dia berjalan berseorangan menuju ke kereta teman lelakinya jenis Proton Gen2 sebelum didekati penjahat semasa dia hendak memasukkan beg beli belah beliau ke dalam kereta. Kejadian berlaku pada petang Ahad.

Seorang lelaki menutup mulut beliau dengan tangannya dan berbisik kepada supaya tidak menjerit. Dia kemudiannya ditolak sehingga ke lantai tempat duduk belakang kereta dan memberi isyarat sebagai tanda amaran kepada saya supaya tidak menjerit. Tiba-tiba seorang lelaki lain muncul dan mengambil kunci keretanya dan mendesak supaya memberikan tiket parkir.

Sementara menunggu peluang untuk melepaskan diri, Chin berkata, dia tahu akan mereka akan memperlahankan kereta apabila mahu keluar daripada kawasan parkir. Dia dapat membuka pintu kereta tetapi salah seorang suspek menolaknya kembali ke dalam kereta dan dia bergelut dengan kedua-dua suspek sebelum berjaya melepaskan diri. Chin Xin-Chi melawan dan melompat keluar daripada kereta yang sedang bergerak ketika ia mahu keluar dari tempat letak kereta.

KESIMPULAN

1. Jangan jalan berseorangan di tempat yang gelap dan sunyi kecuali kalau TERPAKSA.
2. Selalu berwaspada dengan keadaan sekeliling dan semua orang yang tak dikenali.
3. Elakkan memakai earphone dan telefon sewaktu berjalan berseorangan di tempat parkir kereta untuk mengelakkan pemangsa mendekati anda dengan mudah pada masa anda lalai.
4. Jika anda tiada serbuk lada, belilah wisel atau benda yang boleh membuat bunyi bising.
5. Jika anda memakai kasut tumit tinggi, anda boleh menggunakan ia sebagai alat untuk pertahankan diri dengan tumit kasut yang tajam itu.
6. Untuk yang beragama Islam, anda boleh selalu amalkan doa pelindung

Dengan Nama Allah yang dengan namaNya tidak akan memberi mudharat apa pun yang ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Riwayat Tirmidzi & Abu Daud)

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada keburukan makhluk. (Riwayat Muslim)

TIPS MEMBELI BARANGAN KESELAMATAN

1. Pepper spray atau semburan lada boleh dibeli di kedai seperti Watson, Guardian dan di Ace Hardware. ( Harga dalam lingkungan RM 20.00 keatas ) Boleh juga didapati di laman diskaun seperti Groupon dan lain-lain dengan harga yang murah.

-Pembeli pepper spray hendak menyertakan nama, nombor telefon dan nombor kad pengenalan ( untuk mengelakkan salah guna )

– Mudah dibawa ke mana-mana, jarak semburan biasanya dari jarak 1meter hingga 1.5 meter.

-Kuasanya setanding dengan tear gas. Jadi ia sangat berkesan jika digunakan pada penjahat.

2. Keychain yang mengeluarkan bunyi bising boleh dibeli di Watson dan Guardian.

3. Wisel ( banyak dijual )

4. Cermin untuk diletakkan di dalam but kereta atau cermin convex ( dijual di kedai aksesori kereta) . Tujuannya adalah anda dapat melihat jika ada pemangsa datang dari arah belakang.

Convex mirror seperti diatas selalunya digunakan untuk mengesan blind spot semasa pemanduan. Akan tetapi, ia juga boleh digunakan iaitu diletakkan pada boot kereta untuk mengesan jika ada penjenayah dibelakang kita.

Komen Anda