Dalam hati rindu tidak tertanggung kepada ibu dan ayah dikampung, tapi bila memikirkan mulut mereka yang tidak pernah penat menyoalkan ‘bila mung ni nok nikoh? Mok pok ore lain bercucu doh, nunggu ke mung bilo lah nok merasa’ anda terus macam ermm..lebih baik berbual di telefon sahaja. Hehehe. Tinggal berjauhan dengan keluarga boleh dikira ‘selamat’ lagi kalau tinggal bersama tak mustahil di soal selama 7 hari 24 jam!
Rungsing! Rungsing sehingga naik serabut pun ada, itu belum lagi anda menghadiri kenduri saudara-mara. Hah, memang macam ‘artis yang dilanda gosip’ lah keadaan anda, disoal oleh makcik anda a.k.a reporter hiburan terkini. Mesti masa itu rasa nak terjun tingkap sahaja, takpun paling kurang anda hanya diam dan senyum. Yelah, kalau laju jer mulut bersoal macam bedikan ‘machine gun‘ baik anda stay calm.
Wahai wanita yang masih belum berkahwin diluar sana, hentikan penderaan emosi anda dengan 10 penyelesaian dari Penulis untuk anda dan untuk saya juga. Selepas anda membaca inovasi alasan ciptaan Penulis ini, pertama anda tidak lagi khuatir untuk berjumpa dengan makcik-makcik ‘machine gun‘ dan yang kedua anda bebas dari perasaan annoyed bila melihat post ‘En suami saya so sweet blablabla’ seangkatan dengannya ketika melayari Facebook. Terimalah… :
SAYA CINTA KERJA
Kedengaran agak cliche, yes memang cliche pun jika anda memberi jawapan hambar ‘saya tak nak kahwin sebab saya suka dengan kerja saya…’ anda kena lah beri penjelasan yang jelas seperti ‘saya sedang membina karier demi hidup berkeluarga nanti’, ‘saya sedang fokus untuk kenaikan pangkat..selepas itu baru bersedia’ atau ‘sebenarnya sedang mencari jodoh yang satu tempat kerja’. Gunakan alasan yang beri sudut yang positif, terapkan dalam minda anda apa-apa pun alasannya haruslah memberi kebaikan untuk berkahwin lewat.
MAHU JELASKAN TANGGUNGAN HUTANG
PTPTN, bayaran bulanan kereta, pinjaman modal perniagaan dan banyak lagi lah yang kena anda bereskan. Beritahu sahaja kepada mereka yang anda tidak mahu membebankan suami anda dengan hutang dan yang paling penting anda inginkan kehidupan perkahwinan yang bebas dari tanggungan hutang. Wow! Pasti ibubapa anda bangga dengan kenyataan ini. Hehehe. Jangan lupa untuk beritahu anda juga sedang menyimpan untuk hari perkahwinan nanti.
MASIH MENCARI HALA TUJU KEHIDUPAN
Hidup hanya sekali, Penulis percaya banyak yang anda ingin capai dalam hidup ini. Salah satunya mengejar matlamat dan cita-cita anda yang mungkin masih lagi jauh. Apa kata anda cabar diri untuk sibuk mempersiapkan diri untuk membuktikan pada mereka yang banyak lagi perkara yang anda perlu fikir selain soal kahwin. Tunjukkan yang anda bersungguh benar ingin mengecap impian anda dan pastilah makcik ‘machine gun‘ pun tak berani nak tegur tau. Siapa mampu nak tegur bakal wanita berjaya negara kelak! Hehehe.
BACA : 12 Tanda Anda Masih Belum Sedia Menjalin Hubungan Serius
BELUM TEMUI JEJAKA YANG SERASI
Jangan anggap diri anda loser jika belum menemui pasangan. Hey! Good things always come late. Jadi jujur sahaja kepada ibubapa yang sememang anda belum ada teman lelaki untuk dinikahi. Diingatkan juga tekankan yang anda punya rakan lelaki tapi tiada yang serasi untuk hidup bersama. Iyalah, Penulis tak mahu ibubapa anda fikir anda sejenis yang tidak bersosial pula. Jelaskan pada mereka, anda masih mencari yang sesuai dan serasi untuk dijadikan suami. Alert! Jika tiba-tiba ibumu menyuarakan untuk carikan calon, cepat-cepat anda berikan senarai perangai lelaki yang patut anda jauhi, biar dia tahu anda betul betul menitikberat soal ini.
INGIN BANTU KELUARGA
Tidak kisah lah anak sulung atau bongsu, kita masing-masing punya tanggungjawab kepada keluarga dan ibubapa. Beritahu mereka yang keluarga adalah fokus utama anda selepas perkahwinan. Pasti ada diantara pembaca kini sedang menyara belanja pembelajaran adik-adik yang sedang bersekolah atau melanjutkan pelajaran bukan? Iyalah, hidup di zaman ekonomi yang kurang bagus ini kadang-kadang perbelanjaan tidak cukup hanya dari satu pihak.
SUDAH BIASA HIDUP BERDIKARI
Bagi pembaca Wanista yang sudah berumur 30tahun keatas, Penulis percaya pasti ada diantara kamu sudah memiliki aset sendiri seperti rumah, kereta ataupun perniagaan sendiri. Jadi anda sudah terbiasa bahkan lebih selesa dengan kehidupan seorang diri a.k.a berdikari. Juga anda sebenarnya mencari calon suami yang punya sama standard seperti anda bukan?
TUNGGU RAKAN BAIK KAHWIN DULU
Rasa buntu sangat nak beri alasan apa? Hah! Petik sahaja nama rakan baik anda ‘takpelah ibu, saya tunggu Farzira kahwin dulu sebab dia minta jadi pengapit masa majlis dia nanti’. Mudah bukan? Hehehe. Anda pun tahu rakan baik anda tu bukan nak kahwin dalam masa terdekat ini. So, masih selamat untuk beberapa tahun akan datang. Tapi pastikan selepas habis sahaja kenduri rakan baik anda, sediakan alasan yang lain pula.
SAYA MASIH MUDA LAH!
Oh yeah, jiwaku masih muda! Ha’ah..muda lah sangat. Katakan yang anda belum puas untuk enjoy sebagai single person. Anda masih ingin berhibur bersama rakan-rakan serta ada banyak lagi negara yang belum anda travel. Cukup anda membahagiakan diri sendiri barulah sedia untuk membahagiakan orang lain pula.
INGIN TAMBAH PENDIDIKAN AGAMA DALAM DIRI
Tak salah pun jika anda beri alasan untuk menambah ilmu agama dahulu sebelum sedia ke alam perkahwinan. Yang salah bila mulut sahaja yang berkata, tapi buatnya tidak. Betulkan niat dihati dan lakukan dengan ikhlas, dengan izin tuhan pasti bakal suami anda juga seorang yang lengkap dengan peribadi ilmu agama. Jika ada yang berkata ‘hanya perlu tunggu suami untuk mendidik isteri’ cantas sahaja dengan jawapan ‘lebih indah rumah tangga itu bila masing-masing sudah tahu hukum-hakam dan sedia untuk menerima nasihat, pendapat dari dua pihak‘. Bukankah itu satu bonus walaupun berkahwin lewat?
BELUM SEDIA TERIMA KOMITMEN
Komitmen perkahwinan sangat luas untuk dijaga. Dari aspek menjaga kebajikan suami, anak-anak sehinggalah kepada keluarga mertua dan banyak lagi. Perlu persediaan dari segi mental dan fizikal yang kuat. Terus-terang yang anda belum dapat menerima untuk menanggung komitmen yang besar dan banyak lagi perkara yang perlu anda belajar untuk membentuk sifat tanggungjawab. Senang kata, kahwin lambat ini khas untuk orang yang matang. Setuju tak?
Jangan sesekali ucap ‘i don’t need a man in my life‘, ‘what man for my life‘. Muhasabah diri, sentiasa ingat tuhan ciptakan kita dimuka bumi ini untuk hidup berpasangan. Hasrat untuk berkahwin lewat bagi Penulis tidak salah jika anda punya alasan tersendiri. Sedia maklum masyarakat dunia kini sudah menerima trend kahwin lewat dari golongan wanita. Just flip your hair and prepare all the answer above bila terima soalan cepu mas ‘you, bila nak kahwin?’