Sebelum ini heboh diperkatakan tentang isu pengacara Wardina Safiyyah Kritik Ustaz Don Daniyal di Facebook.
Akibat status yang berbunyi teguran daripada Wardina, beliau dikecam hebat oleh beberapa individu di laman sosial itu yang menganggap tindakan Wardina menegur ustaz berkenaan secara terang-terangan sebagai tidak beradap dan boleh mengaibkan.
Tidak kurang juga yang mempertikaikan dan berpendapat ilmu agama Wardina tidaklah setinggi mana dan dia tidak layak untuk membuat teguran seperti itu.
Walaubagaimanapun, Wardina telah menaikkan satu lagi status di akaun Facebook yang sama berkenaan isu itu.
Berdasarkan status Facebook beliau, Wardina membuat kenyataan yang beliau telah menghantar email kepada Ustaz Don Daniyal untuk bertanyakan perkara tersebut secara peribadi.
Selain itu, Wardina juga turut menerangkan bahawa bahawa dia tidak ada niat langsung untuk mengaibkan Ustaz Don Daniyal.
Selain Wardina, individu yang mula-mula memuat naik video berkenaan dengan nama akaun Nur Puteri Dayana turut manaikkan status tentang isu berkenaan. Ternyata pemilik akaun ini meluahkan kekecewaanya akibat dihentam teruk oleh masyarakat melalui komen-komen mereka di Facebook.
Kami di Wanista berharap yang isu ini akan selesai secepat mungkin dan tidak berpanjangan. Sebagai orang awam, kita juga tidak sepatutnya terlalu emosi dalam menerima isu-isu seperti ini dan berhenti memprovok sesama sendiri.