Kes rogol selalunya melibatkan lelaki sebagai pesalahnya namun berbeza pula dengan kes yang berlaku di Seattle , Amerika Syarikat ini dimana wanita pula didakwa sebagai perogol.
Seorang wanita berusia 26 tahun , Chantae Gilman telah didakwa merogol seorang lelaki di kediaman mangsa. Mangsa yang tidak dikenali, 31 tahun , melaporkan serangan yang berlaku pada 17 Jun kepada pihak polis dan mendakwa bahawa dia mengenali Gilman secara peribadi dan wanita tersebut cuma kenalan kepada teman serumahnya.
Dia juga mendakwa bahawa wanita tersebut merupakan seorang penagih dadah di kawasan berkenaan. Gilman juga mempunyai rekod kesalahan jenayah cubaan merompak dan memiliki kerata curi. Bedasarkan laporan polis yang dibuat, pada malam serangan, lelaki itu menghadiri parti hari jadi seorang jiran yang dikenali Gilman. Apabila tiba di rumah , mangsa telah tertidur di atas katil dengan nyenyaknya kerana terlalu penat.
Mangsa kemudiannya tersedar pada jam 2 pagi dan mendapati Gilman berada di atas tubuhnya serta alat sulitnya berada dalam kemaluan wanita tersebut dalam keadaan tangan terikat . Menyedari keadaan itu, mangsa minta dilepaskan namun tidak diendahkan suspek.
Lelaki itu kemudiannya berjaya menghalau Gilman dari rumahnya dan pergi ke Pusat Perubatan Harborview untuk pemeriksaan serangan seksual keesokkan harinya. Rekod mahkamah tidak mendedahkan bagaimana wanita itu berjaya memecah masuk ke apartment mangsa. Ketika soal siasat polis, Gilman manafikan dia mengenali mangsa dan mendakwa menghidapi masalah mental gangguan bipolar dan Psikosis. Ujian sampel DNA bagaimanapun membuktikan bahawa wanita ini bersalah.
Melalui status Facebook pada bulan lepas juga, ibu kepada dua orang anak ini jua pernah menulis yang dia sedang berada dalam keadaan bebas alkohol dan dadah dan malah sedang hamil 31 minggu.
[ Sumber ]