Wanita ini dikatakan telah melakukan pembedahan plastik di bahagian payudaranya dan kini dia mempunyai 3 payudara. Wanita dengan nama panggilan Jasmine Tridevil ini telah memuatnaik gambarnya di laman sosial Instagram dan sejak itu dia telah mendapat perhatian umum.
Lebih pelik, di dalam wawancara radio dia ada memberitahu sebab utama mendapat payudara ketiga beberapa bulan yang lalu adalah untuk mengurangkan perhatian lelaki terhadap dirinya…. Kini jadi lain pula. Dia bukan sahaja mendapat perhatian pihak akhbar, bahkan menjadi tetamu undangan rancangan televisyen popular seperti Jimmy Kimmel.
Belanja lebih RM60,000
Pembedahan itu menelan belanja $20,000 ( RM60,000 ) dan dia sanggup membiarkan ibu dan kakaknya tidak bercakap dengannya. Dia juga berkongsi tentang bagaimana sukarnya adalah untuk mendapatkan doktor yang sanggup melakukan pembedahan itu. Dia berkata bahawa dia telah diberitahu untuk “menandatangani perjanjian sulit” dan terpaksa berjumpa ramai doktor sebelum dia dapat mencari doktor yang sanggup melakukannya kerana ia adalah perbuatan yang melanggar etika. Dia tidak mendedahkan nama doktor yang melakukan prosedur itu. Mini implan telah dimasukkan ke dalam dadanya dan ia mempunyai puting. Bahagian areole pula dibuat menggunakan tatu.
Jasmine turut menekankan yang dia tidak mahu popular dan melakukan perkara pelik itu kerana dia mahu membuatkan dirinya tidak menarik kepada kaum lelaki dan kerana dia tidak mahu berpacaran lagi.