Rihanna baru sahaja melancarkan wangian yang diberi nama Riri by Rihanna! Berbalut busana sutera warna merah jambu, dilengkapi dengan aksesori mutiara dan solekan bulu dan gincu dari rona senada, diva ini lagaknya persis anak patung Barbie.
Sesuai dengan tema dari koleksi wangiannya, iaitu “takes inspiration from her softer side,” Rihanna kelihatan sangat anggun dan cantik sekali dalam rona merah jambu.
Koleksi minyak wangi untuk akhir musim panas 2015 ini merupakan projek keenam Rihanna ini mengetengahkan aroma buah dan bunga seperti :
- Top notes: Passionfruit Extract, Rum Absolute, Sparkling Cassis, Italian mandarin.
- Mid notes : Japanese Honeysuckle, Orange Blossom, Exotic Jasmine, Pink Freesia.
- Base notes : Madagascar, Vanilla, Warm Skin Musk, Indonesian Sandalwood.
Ingin menonjolkan sisi feminin seorang perempuan, Rihanna memilih konsep botol kaca dan cecair minyak wangi dari rona merah jambu juga.
Berminat untuk membeli minyak wangi Riri by Rihanna? Wangian ini akan berada di pasaran sekitar September.
Sumber : fimela.com