Satu daripada tiga orang rakyat Malaysia mempunyai masalah jantung dan seorang meninggal dunia setiap 15 minit akibat penyakit berkaitan jantung, menurut Kementerian Kesihatan.
Malah, antara faktor utama yang membawa kepada risiko sakit jantung adalah berat badan berlebihan dan obesiti, tekanan darah tinggi, kencing manis serta kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah. Semua ini boleh dielak menerusi pemahaman faktor-faktor risiko serta mengambil langkah proaktif untuk menanganinya.
Hari ini, kerajaan, organisasi-organisasi kesihatan dan Nestlé Omega Plus® bekerjasama untuk acara tahunan Walk-A-Mile, acara yang paling lama dianjurkan iaitu selama 14 tahun berturut-turut untuk memberi kesedaran tentang kesihatan jantung di Malaysia. Walk-A-Mile yang dianjurkan oleh Nestlé Omega Plus® dan Yayasan Jantung Malaysia (YJM) merupakan kerjasama pelbagai pihak untuk menangani masalah sakit jantung di negara ini.
Konsep Walk-A-Mile pada tahun ini telah diperbaharui dan menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti Limbo Rock, Tyre Station dan Balancing Board. Para peserta juga diberi pemeriksaan kesihatan percuma oleh Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (NHAM), pemeriksaan usia jantung menggunakan aplikasi Heart Age Calculator Nestle Omega Plus®, cabutan bertuah dan sampel percuma Nestlé Omega Plus® dengan ACTICOL®.
Maklumat lanjut mengenai Nestlé Omega Plus® dan Yayasan Jantung Malaysia (YJM), sila layari laman web: www.facebook.com/NestleOmegaPlus dan www.yjm.org.my.