Tahukah anda seorang wanita di Arab Saudi tidak mahu berkahwin jika calon pengantin lelaki tidak memberinya iPhone keluaran terbaru sebagai mas kahwinnya. Seperti diketahui umum, syarikat Apple baru sahaja melancarkan telefon pintar terbaru mereka iPhone 6 pada 9 September lalu.
Berita kehadiran telefon bimbit canggih tersebut rupanya telah sampai ke telinga seorang lelaki di Arab Saudi. Kebetulan adik perempuannya sedang dilamar. Dia kemudian menggunakan kesempatan ini untuk mendapatkan telefon pintar buatan Apple tersebut. Dia membuat syarat yang cukup menyusahkan iaitu meminta calon pengantin lelaki menyediakan iPhone 6 sebagai mas kahwin adiknya jika ingin perkahwinan itu berjalan lancar. Pengantin lelaki telah diminta untuk membawa telefon iPhone 6 dengan segera setelah mendapati telefon pintar itu hanya akan dijual di Arab Saudi beberapa bulan akan datang.
Mas kahwin adalah tradisi di negara Arab dan Asia. Walaupun ulama menyeru agar mas kawin harus mudah, tetapi beberapa keluarga berkeras mengisyaratkan mas kawin yang tinggi jika ingin perkahwinan dilangsungkan.