Mungkin kehadiran warga asing yang memenuhi Malaysia untuk mencari rezeki pasti membuatkan ramai yang rasa tidak selesa dan beranggapan seperti berada di negara asing.
Tetapi keadaan sebaliknya berlaku di Singapura apabila sebuah kisah ini menjadi viral di media sosial. Kenapa?
Kisah seorang lelaki tempatan atau lebih dikenali sebagai Uncle Rimy Lau, 68, telah menaiki pengangkutan MRT di negara berkenaan di waktu puncak yang dipenuhi orang ramai.
Apabila beliau memasuki dalam gerabak MRT berkenaan tempat duduk telah dipenuhi orang ramai, kelihatan tiga orang warga asing yang bekerja sebagai buruh binaan dari India telah bangun dari tempat duduk mereka untuk diberikan kepada Uncle Lau.
Tetapi apa yang mengejutkan orang ramai yang berada disekeliling Uncle Lau menolak perlawaan tersebut dan jawapannya amat mengejutkan.
“Hei anda boleh duduk … anda tidak perlu bangun daripada tempat duduk berkenaan terutamanya di dalam pengangkutan awam seperti ini kerana anda semua datang ke sini untuk membina rumah kami untuk kami tinggal dan anda sememangnya boleh duduk di situ kamu tahu?” katanya.
Kata-kata Uncle Lau itu telah benar-benar menyentuh hati orang yang berada disekeliling dan juga pekerja asing itu yang dikenali sebagai Saravanan Samidurai, 28.
Seorang wanita bernama Melody Zaccheus yang berada berhampiran mereka telah berkongsikan kisah ini ke laman facebook di mana gambar yang dikongsinya telah disukai seramai 18ribu orang dan dikongsi sebanyak 19 ribu kali.