Tahukah anda bahawa cable iPhone under warranty hanya boleh diganti selepas pihak berkenaan menyemak dan mengetahui sebab-sebab kerosakan.
Jadi…
Jom cuba tiga tips ni bagi mengelakkan anda membeli cable yang baharu!
1. Pen
Gunakan pen anda yang sudah habis dakwat itu dengan sebaiknya! Keluarkan spring yang berada di depan pen tersebut dan regangkan. Selepas itu, pusingkan ia dan masukkan ia ke dalam cable iPhone anda.
Tidak perlu keluarkan duit untuk membeli iPhone Cable Wrapper.
2. Tali Paracord
Tali paracord dikenali juga sebagai gelang survival. Askar Amerika Syarikat menggunakan tali ini sejak Perang Dunia Kedua. Selain itu, tali ini juga digunakan untuk membuat aksesori seperti gelang, lanyard dan lain-lain.
Hanya dengan ikatan yang mudah untuk dipelajari, cable iPhone anda tidak akan mudah rosak.
3. Embroidery Floss
Merupakan 100% benang yang lembut diperbuat daripada cotton. Benang ini mudah untuk didapati, di kedai seperti Daiso! Hanya balut dengan benang tersebut mengikut kreativiti anda, benang ini mampu menjaga cable anda itu!
Pautan video di bawah akan memberikan keterangan lebih lanjut tentang tiga tips berkenaan:
Sekarang ni, anda boleh menjimatkan dengan membeli cable baharu dengan tiga tips penjagaan tersebut!