MTV World Stage Malaysia akan kembali lagi bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon pada hari Sabtu, 16 Ogos 2014. Sebelum ini, dua artis yang sudah mengesahkan bakal beraksi ialah Yuna dan kumpulan Kpop, Boys Republic.
Update terkini, pememang Oscar, Jennifer Hudson dan penerima Billboard Hot 100 hip hop artis, penyanyi-penulis lagu dan penerbit, BoB antara penghibur yang turut beraksi di MTV World Stage Malaysia 2014.
Terkini di MTV World Stage Malaysia – MTV mengumumkan Jennifer Hudson tidak dapat beraksi di MTV World Stage Malaysia 2014, kerana berlaku konflik penjadualan. Walaubagaimanapun, MTV World Stage Malaysia tetap diserikan dengan BoB, Boys Republik dan Yuna yang bakal mengadakan persembahan pada malam 16 Ogos 2014.
Menjangkakan kehadiran seramai 15 000 peminat, MTV World Stage Malaysia 2014 telah mendapat tajaan Sunway, Xpax, Johnson & Johnson Vision Care, Hong Leong Bank dan William Grant & Sons , dan disokong oleh Tourism Malaysia, rakan kongsi penyiar tempatan, Astro, dan rakan radio tempatan, hitz.fm.
Untuk info dan maklumat terkini, anda boleh ke :
- Facebook: www.facebook.com/mtvasia
- Twitter: www.twitter.com/mtvasia
- Hashtag: #worldstagemy
- Instagram: mtvasia