Seperti yang dijangka, beberapa selebriti mencuri tumpuan mengenakan busana anggun dilengkapkan lagi dengan pemilihan kasut yang tepat. Selebriti hollywood di 2014 MTV Movie Awards memilih slipped into sky high, albeit classic, pumps dan peep-toe heels dan banyak lagi. Antara yang menjadi pilihan Wanista ialah Lupita Nyong’o yang mengenakan Casadei Pumps rona biru lembut.
1. Lupita Nyong’o – Casadei Pumps
Pemenang Oscar, Lupita Nyong’o merupakan salah seorang yang mendapat gelaran best dress malam itu apabila mengenakan busana Chanel yang dipercikkan dengan pailettes pelbagai warna, dilengkapkan lagi dengan tumit tinggi rona biru lembut dari Casadei.
2. Jessica Alba – Jimmy Choo Pumps
Pelakon yang pernah mendapat gelaran wanita paling cantik di dunia ini sentiasa mengenakan busana yang menampakkan dirinya muda dan segar seperti pemilihan high-waist yellow skirt dari Kenzo dan sepasang tumit tinggi hitam putih dari Jimmy Choo.
3. Shailene Woodley – Balmain Sandals
Pelakon muda yang menjadi perhatian sekarang, Shailene Woodley nampak fabulous dan edgy dengan dress kulit rona hijau tahi dari Balmain dan sepasang sandals dari jenama yang sama.
4. Rihanna – Manolo Blahnik Sandals
Boleh dikatakan trendsetter, Rihanna mencuri tumpuan apabila mengenakan pakaian inspirasi lingerie berwarna putih krim dan menyempurnakan dengan sandals rona yang sama dari Manolo Blahnik. Ya atau Tidak dengan outfits yang dipilih Rihanna ini?
5. Zendaya Coleman – Christian Louboutin Pumps
Pelakon muda ini nampak stunning dengan printed dress dari Emanuel Ungaro, solekan sempurna menyerlahkan keremajaannya dan gorgeous dengan sepasang tumit tinggi duri berenda rona hitam dari Christian Louboutin.
Gambar ihsan dari yournextshoes