Dengan berat hanya 5kg , kira-kira separuh berat kerusi kereta kontemporari, Volvo telah melancarkan reka bentuk kerusi kanak-kanak terbaru yang boleh diubahsuai daripada beg menjadi tempat duduk kereta kanak-kanak dalam masa hanya 40saat. Kerusi itu diperbuat daripada kain yang boleh mengekalkan tekanan dalaman yang tinggi,yang pada asalnya dibangunkan oleh tentera sebagai sebahagian daripada usaha untuk mewujudkan sebuah pesawat terbang yang boleh ditiup hingga kembung, yang kini digunakan oleh industri perkapalan.
Terima kasih kepada pam dalaman, tempat duduk itu juga boleh dikembungkan dengan udara melalui telefon anda dengan aplikasi Bluetooth. Walaupun masih dalam peringkat pembangunan, kerusi mudah alih itu boleh dipindahkan dengan mudah dan boleh dibawa sebagai bagasi semasa di dalam penerbangan ataupun melancong. Malangnya, Volvo tidak mengeluarkan apa-apa maklumat mengenai bila ianya boleh didapati untuk pembelian.
Video