Kami di Wanista percaya bahawa setiap wanita tentu mempunyai majlis perkahwinan impian tersendiri. Jika anda masih ingat, penyanyi Mawi dan isterinya Ekin pernah menaiki helikopter untuk menuju ke majlis perkahwinan mereka yang berlangsung di Felda Taib Andak kira-kira lima tahun dahulu. Personaliti TV3 Saiful Nizam dan Aida Gadis Melayu juga pernah mencetuskan kelainan dengan diarak menaiki kuda menuju ke majlis persandingan mereka dahulu.
Di Liverpool, Leanne Cole yang berkahwin dengan pasangannya Andrew Corkery, juga telah mencetuskan kelainan tersendiri apabila memilih untuk menaiki keretapi untuk menuju ke majlis perkahwinannya yang diadakan di gereja St George’s Hall.
” Berjalan menuju ke gereja adalah salah satu tradisi orang Itali , saya sukakannya dan ingin berjalan mengejar kereta api” kata pengantin perempuan tersebut kepada Liverpool Echo.
Tambah menarik lagi, keluarga Leanne termasuk pengapit, dan gadis pengiring perkahwinan tersebut juga telah mengiringinya dalam sebuah gerabak yang sama. Menarik bukan !
[Sumber]