Perarakan masuk Team Malaysia dengan pakaian baru rasmi pasukan Malaysia semasa Upacara Perasmian Pembukaan Sukan Komanwel 2014 di Celtic Park, Glasgow. Apa yang menyentuh perasaan penonton terutamanya rakyat Malaysia, mendahului perarakan Team Malaysia adalah atlet yang memakai uniform rasmi anak-anak kapal MAS sebagai tribute terhadap MH17. Malah, Jalur Gemilang dikibar separuh tiang oleh Fatehah Mustafa.