Dikatakan kini, lebih ramai wanita China yang mengikuti trend “facekini”, bagi melindungi kulit mereka dari panahan matahari yang boleh menggelapkan kulit ketika di pantai.
Kulit putih pucat sangat bernilai di China, manakala kulit dengan tona gelap lebih mencerminkan wanita luar bandar yang miskin, yang kebiasaannya bekerja berjam-jam lamanya di bawah terik matahari.
Aksesori nilon yang mempunyai lubang kecil untuk mulut dan hidung yang dipakai pada kepala itu melengkapkan pakaian yang menutupi seluruh kulit badan. Ini bukan sahaja mampu menghalang kesan gelap dari sinaran matahari, tetapi juga dari nyamuk dan obor-obor.
Topeng muka ini telah diusahakan lebih daripada 10 tahun yang lalu, dimana media China mengaitkannya dengan Zhang Shifan yang menjalankan perniagaan pakaian renang di Qingdao. Ia telah menjadi pemandangan biasa di pantai Qingdao, di wilayah timur Shandong.
“Facekini” juga telah melalui evolusi dengan memperlihatkan kepelbagaian warna yang ceria.
[Sumber]