Beratus juga gambar Selfie telah diambil oleh berjuta penduduk dunia dan sehingga kini terdapat pelbagai gaya untuk berselfie. Pelbagai aplikasi di dalam telefon untuk membantu pengguna mencantikkan wajah ketika selfie, ataupun alatan untuk mengambil wefie ( selfie bersama rakan-rakan ) seperti batang monopod. Tetapi adakah anda alert dengan trend selfie terkini yang dipanggil Donut Selfie ini?
Trend Donut Selfie ini sebenarnya dicipta secara tidak sengaja oleh seorang wanita, Karen X. Cheng. Karen menulis di blognya bagaimana idea ini tercipta. Pada satu hari dia dan rakannya bermain-main dengan sudut ilusi optik gambar untuk menangkap gambar selfie paling sempurna. Kemudian secara tidak sengaja, dia merakamkan videonya dari semua sudut seperti pusingan 360 darjah ( berbentuk seperti donat ) di kepalanya dan mula mengulang videonya… Dan dia mendapati selfie seperti itu pun agak cool juga.
Selfie biasanya adalah imej gambar yang rata dan kemudian ditambah dengan filter gambar untuk menjadikan ia lebih menarik. Jadi menurut Karen, cara ini adalah cara terbaik untuk menangkap gambar anda dengan seluruh persekitaran anda tanpa perlu bersusah-payah mencari sudut terbaik untuk wajah anda. Ia membolehkan anda lmenangkap momen terbaik dan dalam masa yang sama membuat video harian anda juga. Tidak perlukan gajet yang hebat dan mahal — cukup dengan kamera di telefon anda.
Projek Donut Selfie
Kini Karen sedang mengumpul Donut Selfie dari seluruh dunia untuk projek terbaharunya dengan berkongsi budaya dari seluruh dunia.
Tutorial Donut Selfie