Untuk mendapatkan payudara yang tegang dan menawan, pelbagai usaha dilakukan – bermula dari sukan sehinggalah ke implan payudara. Namun kini para wanita Jepun telah mendapati cara yang mudah, murah dan praktikal.
Kini wanita di Jepun menemui cara mudah menaikkan payudara dengan pita berwarna biru. Caranya adalah dengan meletakkan sehelai pita tersebut di bawah payudara dan mengikatkan kedua hujungnya di kedua lengan. Dengan cara ini, payudara mereka akan ikut terangkat setiap kali mereka mengangkat tangan.
Teknik seperti ini diambil daripada seorang tokoh wanita dalam anime berjudul Is It Wrong To Pick Up Girls In A Dungeon. Wanita tersebut mengenakan baju putih backless yang cukup pendek lengkap dengan sarung tangan warna putih serta pita berwarna biru yang diletakkan di bawah payudara dan diikatkan pada kedua lengannya. Ciri khas dari tokoh yang bernama Hestia ini tidak hanya ditirukan oleh para cosplayers, malah wanita Jepun yang lain juga.
Sumber : Vemale.com