Memetik kata pereka fesyen antarabangsa Giorgio Armani, ” Aksesori adalah penting dan menjadi semakin penting hari demi hari”. Selain menjadi pelengkap gaya, aksesori juga secara tidak langsung boleh mengekspresikan keperibadian dan gaya individu anda.
Aksesori juga sebenarnya merupakan kunci untuk tampil lebih bergaya walaupun dengan pakaian asas seperti t-shirt dan jeans. Tidak terhad kepada rantai, gelang dan cincin sahaja, kini muncul pula trend aksesori yang baru ; palm bracelets !
Gelang yang disarung di sekeliling tapak tangan ini telah banyak digayakan oleh selebriti-selebriti antarabangsa seperti Jennifer Lawrence dan Sarah Jessica Parker ketika melalui karpet merah. Maknanya, trend terbaru ini juga antara yang boleh dipadankan ketika menghadiri acara formal dan berprestij.
Gambar : Glamour Fashion , Pinterest