Satu koleksi gambar mengharukan yang menunjukkan seorang wanita berusia 42 tahun membawa bersama ibu berkerusi roda berusia 87 tahun ke banyak negara asing telah menjadi sebutan ramai baru-baru ini.
An Rong (anak bongsu) dan ibunya telah memulakan perjalanan mengelilingi dunia mereka pada tahun 2009, disertai oleh kakak dan anak saudara beliau.
Mereka mengambil keputusan itu selepas ibunya terlibat dalam satu kemalangan dan mula mengalami masalah kemurungan. Kesihatan fizikal ibunya yang semakin teruk memerlukan beliau untuk menggunakan kerusi roda.
Dalam usaha untuk menggembirakan ibunya, An Rong memutuskan untuk membawa ibunya melancong bersama beliau semasa cuti tahunan.
Menurut An Rong, mereka sebelum ini telah pergi ke Hainan pada tahun 2006. Perjalanan dalam negeri telah membuka minda ibunya, justeru itu mereka meneruskan perjalanan ke negara-negara luar.
Sehingga kini, mereka telah pergi ke Thailand, Jepun, Korea dan Maldives, bersama-sama dengan lebih daripada 10 negara-negara dan wilayah asing yang lain.
Mereka telah melawat Amerika Syarikat pada Spring Festival yang lalu, menandakan perjalanan mereka yang paling lama.
Selepas melawat lebih daripada 10 buah negara, kesihatan ibunya telah bertambah baik. Itulah keajaiban kasih sayang dan perhatian yang diberikan buat insan tersayang.
Sumber: shanghaiist.com & Tencent