Jika anda berpeluang untuk manaiki penerbangan Kelas Pertama dan juga Kelas Perniagaan dengan syarikat penerbangan Emirates, Qatar atau Etihad, ketahuilah bahawa vanity bag atau beg mekap/toiletries yang disediakan penerbangan ini adalah yang terbaik di dunia. Sementara Air Canada, Condor dan Iberia sebaliknya telah diklasifikasikan paling teruk dalam memberikan kemudahan ini.
48 vanity bag daripada kelas pertama, ekonomi dan perniagaan dari 27 syarikat penerbangan terbaik di dunia telah diberi nilai pada skala 5:59 .Hanya lima syarikat penerbangan mencapai taraf enam bintang iaitu Emirates, Etihad, Japan Airlines, Qatar dan United Airlines – sementara Air Canada, Condor dan Iberia hanya dianugerahkan tiga bintang.
Secara purata , syarikat penerbangan dari Timur Tengah dan Timur Jauh telah menguasai kedudukan 10 teratas , dan penerbangan dari eropah tidak termasuk dalam senarai ini. Apapun, vanity bag untuk penumpang kelas pertama dari syarikat penerbangan kebangsaan kita, Malaysia Airlines turut dikategorikan dalam kedudukan 5 bintang. Memang ternyata khidmat yang diberikan MAS adalah antara yang terbaik.
1. Emirate Airline – 6 bintang
2. Etihad – 6 bintang
3. Qatar Airways – 6 bintang
4. United Airlines – 6 Bintang
5. British Airways
6. Air New Zealand
7. Delta Airlines
8. Garuda Airlines
9. Icelandair
10.Malaysia Airlines
11 .Qantas
12. Royal Brunei Airlines
13. Swiss International Airlines
14. Turkish Airlines
15. Virgin Atlantic
[Sumber]