Malang tidak berbau. Siapa sangka dalam kawasan kampus universiti juga boleh berlaku kemalangan yang membawa maut. Di Universiti Teknologi MARA Shah Alam semalam, seorang pelajar dilaporkan meninggal dunia selepas dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh pensyarah dalam kawasan kampus.
Kejadian berlaku jam 5.20 petang di Fakulti Komunikasi Massa dan Pengajian Media. Ketika itu mangsa , Fatin Farradia Yusof, 20 tahun sedang bergambar dan berjalan di kawasan berkenaan.
Akibatnya pelajar Diploma dalam bidang Sains Sukan dan Rekreasi tahun kedua ini terjatuh dari kawasan bukit ke perhentian bas yang terdapat di bawah fakulit terbabit.
Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM , Prof Dr Azizul Halim Yahya, ketika dihubungi media berkata, mangsa tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang. Mangsa yang berasal dari Dungun disahkan meninggal dunia lebih kurang 7.30 malam di hospital akibat pendarahan dalaman.
Sementara itu, pensyarah berusia 58 tahun, yang kereta kemudiannya melanggar pembahagi jalan, telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta untuk pemerhatian.
“Dia mengadu sakit kepala sebelum kejadian itu, yang telah menyebabkan dia kehilangan kawalan kereta,” kata Azizul.
Ketua Polis Daerah ACP Azisman Alias mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
[ Sumber, Bernama , The Star & Astro Awani]