Aplikasi V, sebuah aplikasi penyiaran selebriti masa sebenar, mempersembahkan acara gilang-gemilang Anugerah Drama Korea 2015 yang akan disiarkan secara langsung pada 9 Oktober.
Majlis utama anugerah berkenaan dijadual bermula pada 5:00 PM MST, namun aplikasi V memberi peluang kepada pengguna di seluruh dunia untuk menyaksikan siaran eksklusif sebelum, semasa dan selepas berlangsungnya acara berkenaan.
Kesemua acara seperti sambutan ketibaan para selebriti di karpet merah, aksi di sebalik tabir dan majlis penuh anugerah akan disiarkan secara live streaming ke seluruh dunia.
Pelakon-pelakon lelaki dan wanita terhebat Korea, bersama bintang-bintang K-pop yang terkenal dijangka akan menghadiri majlis itu, termasuklah Kim Soo-hyun, Kim Tae-hee, Chan-yeol dari kumpulan EXO dan Sooyoung dari Girls’ Generation.
Jadual V LIVE Anugerah Drama Korea 2015
Pautan ke aplikasi V Live bagi Anugerah Drama Korea 2015
PC : http://www.vlive.tv/video/2270
Mudah alih : http://m.star.naver.com/staronair/special/1130/end