Hello Nipponista! Ini berita baik untuk anda. Kenapa?
Pengalaman membeli-belah ternyata lebih meriah dengan pelancaran Tokyo Fashion District – Isetan The Japan Store di Art Printing Works (APW), Bangsar. Membawakan yang terbaik dari Tokyo, kedai berkonsepkan high-end multi-label pop-up ini mempamerkan lebih sedozen barangan Jepun daripada fesyen, kraf dan hiasan dalaman (gaya hidup), kesemuanya adalah eksklusif untuk rakyat Malaysia.
Pelbagai jenama seperti AKANE UTSUNOMIYA, and wander, kolor, mame, mastermind JAPAN, MUVEIL, N.HOOLYWOOD, PORTER, TARO HORIUCHI, TOGA PULLA, UNDERCOVER dan yoshio kubo tersedia di sini.
“Sebagai penduduk yang mengembara, kita melihat Kuala Lumpur sedia menerima idea-idea baru dan suntikan budaya, menjadikan Kuala Lumpur sebagai pasaran baru yang sangat menarik untuk memperkenalkan konsep Isetan The Japan Store,” kata Encik Nobuharu Yutani, Pengarah Urusan Isetan of Japan Sdn. Bhd.
Difahamkan siri kedua Isetan The Japan Store akan diadakan pada pertengahan bulan Mac 2016, menyaksikan pengenalan kepada perhiasan Jepun, hiasan dalaman berjenama dan aksesori gaya hidup yang unik dan menarik. Di mana siri ini akan dijalankan, akan didedahkan kemudian.
Buat masa sekarang, jika anda ingin mencari barangan Jepun, anda boleh datang ke The Tokyo Fashion District – Isetan The Japan Store di The Bookmark, Art Printing Works (APW), Bangsar. Ianya terbuka kepada ramai setiap hari dari jam 10 pagi hingga 8:30 malam dari 29 Januari hingga 6 Februari 2016 manakala 10 pagi hingga 6 petang pada 7 Februari 2016.