Setiap kali ingin keluar rumah dengan teman-teman, jangan lupa beberapa tips yang perlu dititik beratkan agar keselamatan terjaga dan terjamin. Apa dia?
1. Sebaik-baiknya elak daripada keluar bersendirian dan maklumkan kepada keluarga ke mana hendak pergi dan dengan siapa.
2. Kenalkan kawan yang hendak bersama anda kepada ibu bapa dan pastikan balik sebelum waktu malam.
3. Sentiasa peka kepada keadaan sekitar dan jangan pilih jalan yang sunyi dan gelap tetapi jalan yang terang dan ada orang lalu lalang.
4. Elakkan berbual melalui telefon bimbit atau mendengar lagu dari walkman serta asingkan wang tambang dan wang perbelanjaan supaya tidak boros berbelanja.
5. Jaga pakaian dan jangan memakai pakaian yang menarik perhatian umum sehingga membawa kepada berlakunya perkara tidak diingini.
6. Pastikan telefon bimbit anda mempunyai kredit dan jangan terima pelawaan ke tempat yang tidak diyakini selamat.
7. Sentiasa membawa barang atau alat yang boleh dijadikan senjata untuk mempertahankan diri contohnya payung, spray dan lain-lain semasa keluar rumah.
8. Sentiasa menjaga keselamatan dan maruah diri dalam apa juga keadaan.
Sumber : Majalah Wanita, 2012