Saban tahun, kita menghabiskan begitu banyak hari di pejabat, seolah-olah ia rumah kedua kita. Dalam kata lain, pejabat ialah tempat kita menghabiskan masa dengan “keluarga kedua” iaitu rakan sekerja. Beban tugas kadangkala memeningkan kepala, tetapi jangan lupa senyum! Ia akan meringankan beban yang dirasai oleh anda dan rakan sekerja. Cubalah tips di bawah ini bagi mengekalkan aura positif di tempat kerja.
1. GALAKKAN KECERIAAN
Kanak-kanak prasekolah biasa ketawa atau senyum 400 kali sehari. Orang dewasa 35 tahun pula biasanya hanya senyum 15 kali sehari. Berjenakalah sekali sekala untuk menceriakan suasana.
2. HARGAI RAKAN SEKERJA
Hantar ucapan ringkas ‘terima kasih’ apabila menerima emel daripada rakan sekerja. Walaupun ia bukan sesuatu yang biasa, tetapi jika dilakukan tetap dihargai. Sekali sekala belikan mereka buah tangan atau makan tengah hari. Cara ini cukup berkesan untuk menjalin perasaan muhibah sesama rakan sekerja.
3. “MARI SERTAI KAMI!”
Ajak rakan sekerja bersama apabila keluar! Menghabiskan masa bersama selepas waktu kerja membolehkan anda berbual mesra terutama jika mempunyai minat yang sama. Pelawaan anda walaupun ditolak, pasti dihargai.
4. ADAKAN HARI KHAS
Hidupkan suasana unik di tempat kerja dengan tradisi lucu seperti memakai baju Hawaii setiap Jumaat.
5. BAWA HADIAH!
Apabila pergi bercuti, lupakan kerja tetapi jangan lupakan rakan-rakan di pejabat. Bawa pulang sedikit buah tangan. Snek tempatan biasanya popular.
6. DENGAR DENGAN TELITI!
Ketika mesyuarat mahupun perbualan tak formal, beri sepenuh perhatian kepada apa yang dibicarakan. Jangan memeriksa emel pada telefon bimbit.
7. BUAT KEJUTAN
Kejutan tidak semestinya sesuatu yang besar. Jika anda sanggup menggalas tugas yang tidak digerami ramai seperti membeli kopi untuk almari makanan atau membersihkan almari alat tulis, seisi pejabat pasti menghargai usaha anda.
Petua di atas dibawakan untuk anda oleh Wanista dan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad (Great Eastern Life). Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana menyebarkan kasih sayang, Great Eastern Life telah menyusun sejumlah 105 petua sempena ulang tahun syarikat yang ke-105 tahun ini. Banyak lagi yang ditawarkan oleh Great Eastern Life menerusi Program Hidup Ceria yang bertujuan menggalakkan dan memperkasakan semua orang supaya hidup lebih sihat, lebih baik dan lebih lama. Layari https://livegreat.greateasternlife.com/my/welcome.htm dan pelajari cara membuat perubahan pada diri dan mereka di sekeliling anda. Ayuh, mulakan langkah pertama anda!