Berikut adalah tips untuk menghias ruang tamu anda dengan warna tema hitam putih yang nampak lebih minimalis.
1. Bagaimana anda menghiasi ruang tamu dengan hanya warna hitam dan putih? Langkah pertama adalah mood. Anda perlu menentukan mood ruang tersebut sama ada anda inginkan ruang tamu klasik, moden, mewah, minimalis dan sebagainya.
2. Gunakan aksesori warna selain hitam putih tetapi dengan kadar minima.
3. Cat dinding anda dengan warna putih, tambah sofa berwarna hitam, kombinasikan bingkai gambar berwarna hitam dan putih dengan imej hitam putih dan koordinasikan bantal pada sofa dengan corak berbeza.
4. Tambahkan rasa kontemporari dengan penggunaan material kayu pada lantai kerana boleh menambahkan ciri-ciri mewah bagi ruang yang menggunakan warna hitam putih.
5. Bagi anda yang inginkan ruang nampak moden, gunakan kertas dinding berjalur atau bercorak hitam putih. Tetapi anda perlu menggunakan aksesori seminimum mungkin ataupun mengenakan aksesori berwarna putih supaya tidak nampak serabut.