Lelaki ketika masih muda lazimnya tidak tahu malah tidak pernah mengerti akan kehendak tulus hati mereka. Kadang-kala, ciri pasangan yang bagaimanakah lebih relevan dengan diri mereka sekalipun mereka tidak pasti.
Oleh itu, bagi mereka, kecantikan adalah lebih mustahak. Hmm nasiblah kejahilan mereka itu tidak berkekalan selama-lamanya.
Menurut Wanista, ini mungkin beberapa perkara yang lelaki akan mula hargai semakin umur mereka meningkat.
Anda nak tahu?
#1 Belaian
Sebagai seorang wanita dan isteri kepadanya, memanglah anda tidak dapat menggantikan ibunya. Namun, lelaki tidak akan menolak andai kata anda ikhlas untuk memberi belaian, kasih dan sayang yang secukupnya kepada diri dia.
Sebagai contoh, jika si dia jatuh sakit, cuba jaga dirinya dengan baik. Tunjukkan yang anda begitu mengambil berat akan kondisi si dia malah hadiahkannya dengan seleksi snek kegemarannya.
#2 Lebih Tenang
Biasalah, lelaki tidak gemar berhadapan dengan ‘drama’. Dirinya tidak mahu diseret ke dalam pergaduhan remeh yang tidak munasabah pada ketika ini. Jadi, wahai wanita sekalian… elakkan.
#3 Pembersih
Sebagai pasangan yang tinggal sebumbung, si dia pasti akan menghargai sifat anda yang sering menjaga kebersihan.
Si dia tidak mahu lubang air bilik mandi yang tersumbat dek kerana rambut isterinya yang gugur itu. Atau mungkin juga serbuk dan debu bekas alat solek anda yang bertaburan di atas meja solek.
Seperti ibu kita sering ingatkan, “Bila duduk serumah dengan orang lain terutamanya suami, jagalah kebersihan, jaga perangai kita supaya pihak yang lagi satu tidak kecil hati dengan adab yang kita tonjolkan.”
#4 Bijak
Pernah dengar bidalan ini?
“Boys care about beauty”,
“Men care about intelligence”
Yup! Sudah terang lagi bersuluh, akal anda akan jadi lebih bermakna apabila si dia semakin tua meskipun dahulu semasa hendak mengorat anda, kecantikan andalah yang paling utama buat si dia.
#5 Mengambil Berat
Teman wanita atau isteri yang baik adalah mereka yang gemar mengambil berat tentang pasangan.
Tidak kisahlah bagaimana anda ingin menunjukkan sifat ‘ambil berat’ itu, asalkan sahaja dia sedar bahawa anda benar-benar menghargai kehadirannya.
Ingat! Lelaki juga mahu sentiasa disayangi dan dihargai seperti kita-kita ni.
#6 Kreatif
Wanita yang kreatif bisa berfikir di luar jangkaan. Pandai memilih hadiah yang menarik buat si dia, bijak memasak makanan kegemaran si dia yang enak serta tahu membuat si dia yang tadinya murung menjadi ceria kembali.
#7 Disiplin
Lelaki mahukan wanita yang ada pendirian tetap.
Jadi, anda jangan pernah berhenti mengejar cita-cita dan impian anda itu. Teruskanlah kerana kepercayaan pasangan terhadap diri anda pasti menjadi lebih utuh nanti.
#8 Kesetiaan
Kita sering panik, takut jikalau kita ditipu hidup-hidup oleh lelaki. Dan… Sama juga dengan mereka, mereka juga tidak mahu hati mereka dikecewakan oleh wanita yang dicintai.
#9 Peramah
Lelaki terdorong untuk mendekati wanita yang spontan serta berfikiran terbuka. Sebagai contoh, anda mudah untuk mesra dengan ibu bapa dan ahli keluarganya yang lain.
Bagi dirinya, jika anda selesa untuk berhadapan dan bergaul dengan semua jenis manusia, bermakna tiada apa yang patut si dia risaukan.
#10 Asli
Lelaki sejati tidak akan suka wanita yang dicintainya hidup dalam tubuh badan orang lain. Maksudnya di sini, anda tidak perlu ‘buat-buat’, menjadi ‘plastik’ untuk hidup dalam kehidupan yang tidak menonjolkan sifat dan diri anda yang asli.
Jadilah diri sendiri kerana hubungan yang ikhlas dan jujur itu lebih bermakna dari yang dibuat-buat. Faham?
#11 Matang
Sudah berkali-kali kematangan disebut dalam perihal hubungan dan rumah tangga. Ini menunjukan betapa kematangan adalah sangat penting untuk melahirkan sebuah kebahagiaan dalam percintaan.
Si dia tidak gemar bercinta dengan anak kecil. Mengertilah yang si dia butuhkan seorang wanita yang boleh diharap.
Jika anda boleh memahami isi hatinya seperti seorang WANITA, itu lebih dari cukup.
#12 Optimistik
Mengertilah, cuba jadi positif sikit! Jangan biarkan negativiti menguasai jiwa. Lelaki mana yang tak gemar wanita yang optimis ye dak?
Supayanya nanti, jika si dia berada dalam keadaan sedih, gelisah mahupun sedang kusut dilanda masalah, ada orang yang bisa menaikkan semangatnya kembali! Wohoo!
Selamat beramal! #girlspower